Peranan Duta Khas masih kabur, hanya habuan politik

Peranan Duta Khas masih kabur, hanya habuan politik

Tuan Ibrahim Tuan Man berkata Abdul Hadi Awang dilantik sebagai Duta Khas Perdana Menteri di Timur Tengah adalah untuk mengukuhkan hubungan diplomatik serta menarik pelabur melabur ke Malaysia.

Izinkan saya jawab begini.

Malaysia sudah ada Kementerian Luar Negeri yang diketuai Hishammuddin Hussein dan timbalannya, Kamarudin Jaffar.

Kementerian Luar berperanan untuk:

(a) Menjalin hubungan erat dan perkongsian ekonomi dengan semua negara, terutamanya Asean dan negara serantau yang lain, dan

(b) Menggalakkan keamanan dan kestabilan serantau dengan membina keupayaan dan mengambil pendekatan menyelesaikan konflik.

Dalam erti kata lain, kementerian itu bertanggungjawab membina hubungan diplomatik dengan negara luar termasuklah Timur Tengah.

Malaysia juga sudah ada Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri Malaysia (Miti) yang diketuai Azmin Ali dan timbalannya, Lim Ban Hong.

Objektif Miti ialah untuk menarik pelabur luar ke Malaysia termasuk dari Timur Tengah, di samping menyelia kegiatan perdagangan yang dijalankan Malaysia di peringkat antarabangsa, seperti import dan eksport, selain menyelaras kegiatan dan dasar-dasar perindustrian negara ini.

Jadi jurucakap, wakil negara

Malaysia juga sudah ada Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi (MPIC) yang diketuai oleh Dr Mohd Khairuddin Aman Razali serta dua orang timbalan menteri, Dr Wee Jeck Seng dan Willie Mongin.

Peranan MPIC khusus dalam sektor perladangan dan komoditi seperti sawit, getah, lada hitam dan sebagainya. Ia berperanan memperkukuh dan memperluaskan sektor perladangan negara ke peringkat antarabangsa.

Di samping Kementerian Luar, Miti dan MPIC, Malaysia juga mempunyai kedutaan besar, pesuruhjaya tinggi dan konsulat jeneral di negara-negara luar yang mempunyai hubungan diplomatik dengan Malaysia. Ia termasuklah Timur Tengah.

Ketiga-tiga entiti tersebut adalah wakil rasmi kerajaan untuk melaksanakan fungsi-fungsi diplomatik (politik), perdagangan (ekonomi) di samping menjadi suara Malaysia mempromosikan sosial dan budaya negara kita di luar.

Berita penuh : https://www.malaysiakini.com/news/518945