Dalam perkembangan terkini, hampir sejuta orang di seluruh dunia telah disahkan positif wabak Covid-19.
Data Johns Hopkins University setakat malam tadi mencatatkan 952,171 kes jangkitan di seluruh dunia.
Seramai 48,320 pula maut di seluruh dunia akibat virus itu setakat kemas kini data berkenaan, dengan Itali merekodkan korban tertinggi sebanyak 13,155 kematian.
Sementara itu, Covid-19 telah meragut lebih 5,000 nyawa di Amerika Syarikat, dengan jangkitan yang disahkan sebanyak 216,722 kes.
Dilaporkan stok peralatan perlindungan dan bekalan perubatan hampir kehabisan di AS.
Jumlah jangkitan yang disahkan di seluruh AS meningkat lebih 25,000 kes sehari, dengan New York paling terjejas apabila mencatatkan 47,500 kes positif dan meragut lebih 1,300 nyawa.
Pihak berkuasa kesihatan negara itu dilaporkan berkata kira-kira 240,000 orang boleh terkorban di AS akibat wabak Covid-19 meski pun langkah mitigasi telah diambil.
Bagaimanapun, Presiden AS Donald Trump berkata semalam jumlah korban itu mungkin lebih banyak lagi, memberi anggaran antara 1.2 juta ke dua juta mangsa jika tiada sebarang langkah menangani wabak itu diambil.
Sumber : https://www.malaysiakini.com/news/518440