Harakah padam posting gelar Dr Musa “Pemuja DAP”

Harakah padam posting gelar Dr Musa “Pemuja DAP”

Portal harakahdaily milik parti Pas telah menyiarkan artikel bertajuk “Pemuja DAP kritik KP Kesihatan kononnya gagal” dua hari yang lepas. Pemuja DAP adalah merujuk kepada Dr Musa yang sebelum ini dikatakan mengkritik Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia Datuk Noor Hisham. Tajuk mengaitkan “Pemuja DAP kritik KP Kesihatan kononnya gagal” merupakan tulisan Kamarul Yusoff.

Hari ini bila buka link berita berkaitan https://harakahdaily.net/index.php/2020/04/08/pemuja-dap-kritik-kp-kesihatan-kononnya-gagal/
hilang dan ghaib entah ke mana. Bila di klik link tersebut hanya keluar Ooops…Error 404. Mungkin ada yang dah di”rukhyahkan” atau dimasukkan ke dalam botol.

Dr Musa dikaitkan pemuja DAP selepas mengeluarkan kenyataan pada 2 Mac 2020 apabila menyifatkan Lim Guan Eng selaku Menteri Kewangan sebagai “bertindak cemerlang” (“performed admirably”) dan “penyelamat” (“saviour”). Begitu mudah penulis bernama Kamarul Yusoff melabelkan Dr Musa.

Dr Musa dan Dr Noorhisham mereka berdua mempunyai persamaan dan berpengalaman dalam berhadapan situasi sekarang. Tak perlulah menulis mahupun membuat adu domba melagakan antara Dr Musa dan Dr Noor Hisham.

Itulah Harakahdaily milik PAS. Suka berkongsi dan terbitkan berita fitnah dahulu, lepas tu baru delete. Fitnah di dahulukan, tabayyun di kemudiankan. Ke dah tahu ada khabar-khabar angin nak kena saman, tu yang delete gamaknya.

Sepatutnya, Harakahdaily perlu bertanggungjawab setiap berita yang ingin disiarkan. Dahulu Harakahdaily paling kuat menyiarkan berita mengaitkan akhbar utusan menyiarkan segala berita fitnah. Kini tiada bezanya utusan dah harakahdaily, sama-sama mensensasikan berita fitnah walaupun akhbar utusan sunyi sepi kini.

Malah teguran yang di buat oleh Dr Musa terhadap KP Kesihatan Malaysia sekaligus mengkritik peranan Menteri dan kerajaan PN yang gagal menyediakan keselamatan dan perlindungan buat petugas frontliners dalam menghadapi wabak ini. Ia dapat dilihat bagaimana sukarelawan malah rakan setugas frontliners sendiri menjahit dan menyediakan kelengkapan keselamatan frontliners seperti PPE. Adakah kritikan Dr Musa itu dianggap sebagai pemuja DAP?

Walaupun Harakahdaily milik PAS ini telah delete di postingya, Alhamdulillah masih ada yang sempat screenshoot untuk tatapan masyarakat mengenali Harakahdaily milik PAS ini penfitnah yang terang lagi nyata.