Hotel Istana KL umum henti operasi kerana alami kerugian

Hotel Istana KL umum henti operasi kerana alami kerugian

Hotel Istana KL umum henti operasi kerana alami kerugian. Hotel Istana Kuala Lumpur mengumumkan pemberhentian operasi pada 1 September ini disebabkan mengalami kerugian akibat pandemik Covid-19.

Pengurus Besar Hotel, Noorazzudin Omar berkata, pihak pengurusan tidak mempunyai pilihan lain selain terpaksa menutup operasi tersebut.

Menurutnya, keputusan tersebut dibuat selepas mempertimbangkan keadaan semasa dan semua pilihan yang ada.

“Situasi Covid-19 terus menerus memberi kesan kepada industri dan kemampuan untuk mencapai normal semula dan ia memberi kesan kepada perniagaan, kadar kepulangan dan pengunjung walaupun ada usaha terbaik kami.

Walaupun hotel ini digunakan sebagai pusat kuarantin bagi pengurusan wabak Covid-19, kami masih menanggung kerugian,” katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Dalam pada itu, beliau memaklumkan, pihaknya menawarkan Skim Pemisahan Sukarela (VSS) kepada pekerja-pekerja.

“Pihak sumber manusia akan menghubungi anda dalam waktu terdekat.

“Kami berterima kasih atas perkhidmatan semua dan kami berdoa anda berjaya pada tahun akan datang,” ujarnya.

Berita  Penuh : https://www.sinarharian.com.my/article/147406/BERITA/Semasa/Hotel-Istana-Kuala-Lumpur-henti-operasi-pada-1-September

Jika Anda Terlepas: Video: Bengang kes asyik tinggi, netizen buang 3 negeri dari peta semenanjung

CATEGORIES