Ibu Tunggal kehilangan pendapatan, AWAN Kelantan hulur bantuan

Ibu Tunggal kehilangan pendapatan, AWAN Kelantan hulur bantuan

Sudah jatuh ditimpa tangga, begitulah keadaan yang boleh digambarkan kepada kehidupan Puan Za nama panggilan yang diberikan. Kehilangan suaminya yang menderita sakit kanser hidung dan tekak menyebabkan mereka sekeluarga kehilangan sumber pendapatan sejak tahun lalu. Ketabahan Puan Za menguruskan suaminya yang sakit dan anak-anak yang masih bersekolah sangat memberi insiprasi kepada semua wanita.

Setelah kematian suami, Puan Za telah mengambil upah mengasuh dengan pendapatan sekitar RM500 bagi menyara kehidupan mereka sekeluarga. Walaupun masih belum mencukupi bagi menyara tiga orang anaknya yang masih bersekolah, ia memberi sedikit kelegaan kepada mereka sekeluarga.

Namun, apabila berlaku penyebaran pandemic COVID-19, Puan Za terputus pendapatan disebabkan ibu bapa tidak menghantar anak-anak dan duduk dirumah setelah kerajaan mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sejak 18 Mac 2020.

Mengetahui maklumat ini, Angkatan Wanita AMANAH Negara (AWAN) Negeri Kelantan telah mengusahakan bantuan bagi meringankan beban beliau. AWAN Kelantan telah menyampaikan sumbangan barangan makanan beserta duit tunai sejumlah RM 100.

Nilai yang tidak seberapa dimata setangah daripada kita namun ia besar dimata yang benar-benar kesempitan dan memerlukan. Sumbangan yang diterima oleh Puan Za disambut dengan kesyukuran dan kelegaaan bagi meneruskan hidup mereka yang terputus pendapatan sebelum ini.

Ketua AWAN Kelantan, Dr Hafidzah binti Mustakim memaklumkan usaha ini adalah insitiaf yang telah diambil beliau dan Ahli Jawatankuasa AWAN Negeri setelah kempen yang dilancarkan oleh AWAN Nasional iaitu AWAN Special Taskforce For Covid-19 (ASTFC-19) pada bulan Mac yang lalu. Menurut beliau, masih ramai yang memerlukan bantuan di Negeri Kelantan dan AWAN Kelantan memberikan komitmen akan terus membantu rakyat yang memerlukan dengan keupayaan yang ada.

AWAN Nasional menghargai usaha dan sikap proaktif AWAN Kelantan yang telah membantu rakyat yang memerlukan. AWAN Nasional percaya seluruh jentera AWAN di negeri dan kawasan sedang bekerja membantu rakyat dalam fasa kritikal negara dilanda ujian penularan pandemic COVID-19.

AWAN Nasional mengucapkan terima kasih kepada para penyumbang yang telah memberikan sumbangan. AWAN Nasioanl juga menyeru kepada seluruh rakyat Malaysia untuk turut serta dalam membantu meringankan beban rakyat yang memerlukan dengan menyalurkan sumbangan anda ke akaun dibawah:

Maybank Wanita Amanah Nasional
5648 9212 4612
(Ref: IBU)

Sumber :