Inilah bukti betapa longgarnya kerajaan baru Sabah !!!

Inilah bukti betapa longgarnya kerajaan baru Sabah !!!

Kandungan pesanan Tweeter Masidi Manjun ini adalah contoh tentang betapa longgarnya kerajaan baru Sabah.

Masidi menceritakan bagaimana dalam masa tiga jam dia bertukar daripada Menteri (Exco) Kerjaraya kepada Kerajaan Tempatan dan Perumahan.

Katanya dia bertukar Kementerian dengan Bung (Mokhtar Radin) yang juga Timbalan Ketua Menteri Satu.

Sebabnya jangan tanya, kata Masidi. Tunggu dia bersara dia akan cerita. Tapi kita tidak perlu tunggu lama.

Bayu dari Gunung Kinabalu membawa khabar mengatakan Bung Mokhtar naik angin dan buat ribut menuduh Ketua Menteri Gabungan Rakyat Sabah dari Bersatu, Hajiji Mohd Noor, mungkir janji. Itulah yang tular di media sosial.

Faham sajalah. Bung ini kepala pilihan raya Umno negeri Sabah. Walaupun prestasi Umno tidak menyerlah malah bertambah pudar namun dia tetap bossku Umno Sabah dan cukup intim dengan Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi. Secara kebetulan kedua-dua mereka Orang Kena Tuduh.

Semua orang tahu peruntukan kewangan portfolio kerjaya lebih besar daripada kerajaan tempat dan perumahan.

Kalau kita bandingkan watak Bung Mokhtar dengan Hajiji, rasanya tidak pelik kalau Bung Mokhtar telan Hajiji hidup-hidup.

Hajiji boleh selamat hanya dengan perlindungan Putrajaya. Itu pun selagi Muhyiddin Mohd Yassin dan Perikatan Nasional masih berkuasa. Jadi jangan hairanlah kalau Putrajaya mempunyai pengaruh yang kuat ke atas Sabah. Lebih kurang macam zaman Umno juga.

Ini memberi peluang keemasan kepada Shafie Apdal dan Warisan Plus untuk memainkan peranan sebagai pelindung Sabah daripada hegemoni Putrajaya dan Perikatan Nasional.

Sumber :

1. Kandungan pesanan Twitter Masidi Manjun ini adalah contoh tentang betapa longgarnya kerajaan baru Sabah. 2. Masidi…

Posted by A Kadir Jasin on Tuesday, September 29, 2020