Isu Sajat : Bila Musang Berjanggut padam post

Isu Sajat : Bila Musang Berjanggut padam post

Hari ni buka FB, tak larat mengadap orang dok share gambaq orang berbikini.. hat Ustaz pun share sama, ikut hati ingatkan perangai lebai dulu..aku nak jer share.. tapi tak mau lah panjangkan saham sama.. Tapi takpe lantak pi depa lah…

Aku tak nak lah cerita pasai gambaq tu , pi layan buat apa minah tu.. dia memang dok tagih perhatian..Cumanya, Hari ni berbeza dengan awal tahun dulu.. Masa tu semua benda depa akan salahkan menteri Agama.. kali ni sekali lagi Allah uji depa, dan tunjukkan kebenaran… kalau tak nampak lagi tak tau la..

Tunggu jugak kalau ada PU, Imam Muda., Pendakwah, Ulama, hatta Mufti nun dari Utara nak tanya, Mana pi suara Menteri Agama.. tak kedengaran langsung.. Dulu Mufti Utara tu, cerita bendera terbalik pun salah Menteri Agama..

hat minah tu pi Mekah, pergi dengan agen umrah, takdak kena mengena dengan Menteri Agama pun depa salahkan Menteri Agama.. la ni entah mana senyap sunyi.. nak kata dah takda data internet, tak boleh ustaz buat live macam dulu, katanya Abah tebuk atap bagi 1 GB percuma setiap hari.. takkan tengok gambaq bikini pun boleh habis data 1 GB..

Cumanya, Yang pelik sikap PAS.. apalagi portal berita Harakah yang pi padam post dan berita pasal Minah tu dulu.. Pi Padam buat apa.. kalau tak buat kerja salah..tak buat Kerja jahat fitnah dulu..awat padam.. nampak sangat dulu hangpa ni kerja dia dok sebarkan kebencian..hasut rakyat sana sini..sampai hal pondan tu pun dah jadi urusan menteri Agama..

Tapi tu lah.. P Ramlee dah habaq awal dah.. Dalam filem Musang Berjanggut, ada watak Tok Nikah Kahwin dalam kerajaan tebuk atap zaman tu.. Masa tu pun minah tanya kat Tok Nikah kahwin tu.. Tak Salah ke duduk berdua dengan bini orang… Kata Tok Nikah Kahwin tu, tu salah besar…

Tapi bila ditanya macam mana pulak Tok Nikah Kahwin boleh duduk berduaan, Kata dia… Tu Takpa.. Undang2 Dalam Negeri ini kanda yang bikin.. itu Semua tu boleh Padam… Rupanya berlaku sungguh.. Kerja Datuk Nikah Kahwin dalam Kerajaan tebuk atap ini padam semua dalil dalil dan Undang2 Lama…

Jadi dalam dok depa kutuk Al Jazeera.. Cakap pasal etika kewatawanan konon…Al Jazeera pun tak buat kerja menghasut, main sentimen Perkauman macam hangpa la.. yang penting, Al Jazeera tak padam pun Post dan Video dia lagi… yang dok padam Post tu Datuk Nikah Kahwin kerajaan Musang berjanggut tebuk atap.. 🙂

Ipohmali

Sumber :