Jangan kecam Syifa Melvin macam dia tak ada mak bapak – Ibu

Oleh GEMILANGDAILY

Jangan kecam Syifa Melvin macam dia tak ada mak bapak – Ibu. Pada malam Isnin, pempengaruh Syifa Melvin dan pemain Johor Darul Ta’zim (JDT), Safawi Rasid selamat disatukan sebagai suami isteri yang sah.

Doa yang baik

Meskipun pasangan ini menghalalkan hubungan namun ada juga segelintir pihak yang kurang senang dengan momen bahagia itu.

Susulan itu, ibu kepada Syifa iaitu Robiah Rahman memohon untuk berhenti mengecam anak perempuannya. Kata ibu kepada lima orang anak itu, jodoh adalah rahsia Allah.

Jangan kecam Syifa Melvin macam dia tak ada mak bapak - Ibu

Minta semua doakan yang baik-baik saja ya. Moga doa yang baik-baik itu berbalik pada yang mendoakan.

Tak mau kecam teruk sangat. Buat tambah dosa saja. Jodoh pertemuan rahsia Allah.

Istighfar banyak

Dalam pada itu, Robiah menegaskan kepada netizen agar menjadi lebih sensitif sebelum berkata-kata kerana Syifa masih mempunyai ibu bapa dan keluarga.

Jangan kecam melampau macam Syifa tak ada mak bapa. Tak ada keluarga untuk rasa sakit hati.

Sabar banyak-banyak. Istighfar banyak kalau rasa tak puas hati. Ambil wudhu pergi solat agar tenang hati.

Semalam, Syifa, 28, sah bergelar isteri kepada Safawi, 25, dengan sekali lafaz sekitar pukul 8.46 malam dalam sebuah majlis pernikahan yang diadakan di Hotel Hilton Petaling Jaya.

BACA:

‘Bodyguard’ kacak Anwar jadi tular di Tiktok, statusnya pula jadi bualan netizen

Safawi dan Syifa Melvin akhirnya bergelar suami isteri

Kru Kabin ini selamba ‘kecek kelate’ buat penumpang terhibur