Janna nick akui tak cukup matang lepas putus cinta

Janna nick akui tak cukup matang lepas putus cinta. Seperti diketahui umum, pelakon Janna Nick sebelum ini memaklumkan status dirinya yang kini single di media sosial. Bahkan, dia sudah tidak mengikuti bekas teman lelakinya yang juga seorang pelakon, Dini Schatzmann.

Menerusi Instagram miliknya, Janna berkongsi mesej daripada individu yang memintanya untuk tidak berbahas lagi mengenai bekas kekasihnya di media sosial kerana akan kelihatan Janna meminta simpati Dini.

 

Susulan daripada nasihat tersebut, Janna memohon maaf dan mengakui dia tidak cukup matang untuk mengendalikan perhubungannya selepas putus cinta.

Dalam pada itu, Janna turut memuat naik rakaman suara nyanyiannya beserta lirik yang menyayat hati untuk menggambarkan perasaannya yang sedang ‘galau’ sekarang.

Janna nick akui tak cukup matang lepas putus cinta

“Terima kasih mentari setia, pernah membelai hati yang dahaga, pernah mendakap jasad yang meronta,” menerusi lirik yang sedih dimuat naiknya di Instagram.

Sehingga ke hari ini, Dini masih tidak mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung isu putus cinta ini.

BACA:

Pendedah terbaru Diana Amir buat orang ramai terkejut

Telatah permaisuri dilihat ‘buli’ anaknya buat penonton berdekah ketawa

Terkini: Azhar letak jawatan Speaker Dewan Rakyat

Baca Artikel Penuh