Jawatan TPM: Muhyiddin ‘sound’ Hadi, minta rujuk SU Agung Pas

Jawatan TPM: Muhyiddin ‘sound’ Hadi, minta rujuk SU Agung Pas. Presiden Bersatu, Muhyiddin Yassin beri kata dua kepada rakan sekutunya dari PAS, Hadi Awang yang menafikan wujud perbincangan jawatan TPM dengan Ismail Sabri. Muhyiddin meminta supaya merujuk kepada setiausaha agung parti itu, mengenai kewujudan perjanjian jawatan timbalan perdana menteri.

Menurut Muhyiddin, yang juga adalah pengerusi Perikatan Nasional (PN), Takiyuddin Hassan ialah individu yang menggubal draf perjanjian berkenaan.

Selain itu, bekas perdana menteri itu juga mengingatkan Abdul Hadi Awang bahawa, selain Takiyuddin, saksi perjanjian itu ialah Setiausaha Agung Bersatu, Hamzah Zainuddin dan Ketua Umno Bahagian Ketereh, Annuar Musa.

“Tandatangan diturunkan oleh Perdana Menteri (Ismail Sabri Yaakob), disaksikan oleh Annuar Musa dan saya bagi PN disaksikan oleh Hamzah serta ramai lagi pimpinan parti yang hadir.

“Jadi, mungkin Tok Guru boleh memeriksa kembali dengan Takiyuddin. Beliau sendiri yang sebenarnya adalah draftman kepada perjanjian itu. Itu kenyataan yang sebenarnyalah.

Jawatan TPM: Muhyiddin 'sound' Hadi, minta rujuk SU Agung Pas

“Kesemua pimpinan tertinggi PN tahu mengenai itu dan kehadiran kita (PN) dalam kerajaan sekarang ini pun atas dasar PN. Bukan atas nama parti sahaja,” katanya yang dipetik oleh portal Berita Harian Online.

Pada 8 Julai lalu, Hadi dipetik sebagai berkata tiada sebarang perjanjian dibuat berhubung pelantikan jawatan timbalan perdana menteri antara PN dengan Ismail Sabri.

“Kita masih lagi berpegang pada (keputusan) awal penubuhan kerajaan bahawa tak ada (jawatan) timbalan perdana menteri,” katanya.

Sehari kemudian, bekas ketua setiausaha sulit Muhyiddin ketika presiden Bersatu itu menjadi perdana menteri, Marzuki Mohamad tampil mengesahkan wujud perjanjian berkenaan.

Katanya walaupun ada beberapa pihak menafikan Ismail Sabri dan Muhyiddin memeterai sebarang perjanjian mengenai jawatan timbalan perdana menteri, persefahaman itu memang wujud.

Muhyiddin berkata, selain jawatan timbalan perdana menteri, kandungan perjanjian itu antara lain menyentuh bilangan jawatan dalam jemaah menteri, khususnya kuota parti.

“Itu sebahagian daripada perjanjian itu dan sebab itu apabila Zuraida Kamaruddin (Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi) keluar Bersatu, maka wajarlah kuota itu diisi oleh ahli Parlimen Bersatu.

“Jadi, kita tidak tuntut lebih. Yang kita kemukakan kepada perdana menteri adalah apa yang termaktub dalam perjanjian,” katanya lagi.

BACA:

Tun M setuju khemah besar, syaratnya tiada Anwar dan Muhyiddin

Panas !!! Dua Menteri Bersatu bakal digugurkan, PM dijangka bertemu Muhyiddin

Suami Zeti terima dana 1MDB, mana suara Mahathir dan Muhyiddin?