Kereta jatuh ke landasan keretapi sedalam 9 meter di Johor

Kereta jatuh ke landasan keretapi sedalam 9 meter di Johor

Kereta jatuh ke landasan keretapi sedalam 9 meter di Johor. Seorang lelaki cedera apabila kereta dipandunya terbabas lalu terjatuh ke landasan kereta api sedalam lebih sembilan meter, awal pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira 2 pagi di landasan keretapi dekat kawasan Wadi Hana di sini, mangsa yang memandu Proton Iriz berjaya keluar sendiri dari kenderaan, sebelum dibantu naik semula ke atas.

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Larkin, Mohd Nazaruddin Ahmad Zainuddin, mengesahkan kejadian itu susulan laporan diterima pihaknya kira-kira jam 2.32 pagi.

Beliau berkata, sepasukan 11 anggota bersama sebuah jentera dan van Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) serta satu Unit Bermotor Bomba (RIM) dikejarkan ke lokasi kejadian untuk membantu.

“Tiba di lokasi kita mendapati seorang lelaki berusia 28 tahun cedera ringan. Kita turun bersama pasukan perubatan dari Hospital Sultanah Aminah (HSA) memberikan rawatan kepada mangsa sebelum membawanya naik dengan menggunakan pengusung,” katanya.

Kereta jatuh ke landasan keretapi sedalam 9 meter di Johor

Beliau berkata, kemalangan dipercayai berpunca apabila mangsa yang dalam perjalanan dari Lebuhraya Tebrau menghala ke pusat bandar terbabas sebelum kereta itu terjatuh ke landasan kereta api berkenaan.

Katanya, mangsa kemudian diserahkan kepada pihak HSA untuk tindakan seterusnya.

Operasi ditamatkan pada jam 3 pagi.

BACA:

Inflasi makin buruk, KFC di China masukkan kaki ayam dalam menu

Reaksi laju penari selamatkan Aina Abdul dari tergolek jadi perhatian

Waspada dengan gula-gula bergelatin babi ini, ada di pasaraya terkenal

CATEGORIES