Kerusi Parlimen Kuala Krai akan diserahkan kepada UMNO?

Kerusi Parlimen Kuala Krai akan diserahkan kepada UMNO?

Ketika Umno dan Pas di Terengganu masih kabur bentuk kerjasama mereka dalam Muafakat Nasional, sehinggakan bekas MB Terengganu Ahmad Said mengeluarkan kenyataan Umno akan bertanding disemua kerusi parlimen, berlainan dengan Umno dan Pas di Kelantan.

Umno Kelantan kelihatan lebih bersikap tasamuh dan terbuka dengan Pas, mereka insaf akan kedudukan dan pengaruh mereka di Kelantan. Walaupun Umno boleh jadi rakan penting menentukan untuk Pas jamin dapat mengekalkan kerajaanya, tetapi parti itu tidak mendesak Pas.

Umno seakan mengunci mulut dari berkata apa apa mengenai bentuk kerjasama itu, termasuklah mengenai pembahagian kerusi. Umno seperti menyerah seratus peratus kepada Pas untuk memutuskan dalam soal pembahagian kerusi.

Bagaimana pun dari satu sumber yang belum dapat disahkan rangka atau formula pembahagjan kerusi katanya telah pun dipersetujui secara dasarnya. Wakil tidak rasmi dua pihak telah mencatatkan sesuatu. Dalam deraf awal itu, Umno diberi tambahan dua kerusi parlimen dan empat kerusi Dewan Undangan Negeri. Kerusi parlimen yang dilihat akan diserahkan oleh Pas salah satu ialah Parlimen Kuala Krai.

Kerusi Kuala Krai kini disandang oleh Abdul Latif Abdul Rahman. Kenapa kerusi Kuala Krai menjadi pilihan tidak pula diketahui. Jika kerusi Kuala Krai diserahkan kepada Umno ke manakah Abdul Latif hendak dihantar. Apakah dia akan dibawa ke Dun Mengkebang semula dan selepas ini akan dilantik sebagai Exco?

Sementara itu sebuah lagi kerusi tidak dapat dipastikan. Sementara itu kerusi Parlimen Jeli yang kini disandang oleh Mustapa Mohamed seakan dikekalkan kepada Menteri Ekonomi berkenaan. Bersambung. Trims.