KWSP minta maaf sistem ‘tersilap’ luluskan i-Sinar, pemohon perlu semak semula

KWSP minta maaf sistem ‘tersilap’ luluskan i-Sinar, pemohon perlu semak semula

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) tengah malam tadi mengumumkan pihaknya berdepan masalah teknikal berhubung paparan status permohonan kemudahan i-Sinar.

Kenyataan tersebut menyusul beberapa jam selepas kebanyakan pemohonan i-Sinar kategori 2 dilaporkan telah lulus selepas pemohon membuat semakan pada Ahad malam.

Menerusi kenyataan yang dimuat naik di laman Instagram dan Facebook KWSP tengah malam Ahad, perbadanan tersebut memohon maaf atas kesulitan yang berlaku.

“KWSP ingin memohon maaf atas kesulitan kerana terdapat masalah teknikal pada paparan status I-Sinar online.

“Anda disarankan untuk menyemak semula status anda bermula 8 pagi pada 8 Februari 2021,” demikian kenyataan tersebut.

Semakan Astro AWANI di laman sesawang KWSP mendapati perkhidmatan semakan i-Sinar tergendala buat sementara waktu.

Terdahulu, KWSP memaklumkan bagi pemohonan Kategori 2 adalah untuk ahli yang masih bekerja tetapi mengalami pengurangan pendapatan keseluruhan sebanyak 30 peratus dan ke atas (termasuk pengurangan gaji dan elaun, atau pemotongan tuntutan kerja lebih masa) selepas 1 Mac 2020, yang mana pengurangan itu hanya boleh dikenal pasti melalui dokumen yang diberikan.

Sumber : https://alhadi.my/2021/02/08/status-i-sinar-anda-lulus-kwsp-umum-berdepan-isu-teknikal/