Majlis raya dicemari dengan tarian separuh bogel di Shah Alam

Majlis raya dicemari dengan tarian separuh bogel di Shah Alam. Polis menahan seorang `instafamous’ kerana dipercayai terbabit dalam kejadian tular pondan menari separuh bogel serta pembakaran bunga api sehingga mengganggu ketenteraman awam di Central Walk I-city, di sini.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim berkata, tangkapan ke atas suspek dilakukan susulan laporan polis oleh Badan Pengurusan Bersama I-Soho I-City.

“Penganjur (suspek) yang dikenali dengan nama panggilan Cik Lala adalah individu yang menyewa unit berkenaan dengan kos RM4,000 untuk Majlis Hari Raya dengan jemputan kira-kira 50 orang kenalannya Jumaat lalu.

“Siasatan mendapati, tarian oleh penari pondan separuh bogel dan pembakaran bunga api itu adalah dianjurkan oleh penganjur sendiri.

“Penganjur bagi majlis ini ditangkap semalam dan direman sehingga 31 Mei untuk siasatan lanjut.

Majlis raya dicemari dengan tarian separuh bogel di Shah Alam

“Polis juga sedang dalam tindakan untuk menjalankan beberapa lagi tangkapan, sebarang perkembangan akan dimaklumkan kelak” katanya.

Mohd Iqbal berkata, pihak JMB membuat laporan polis pada 28 Mei lalu selepas mendapat mesej WhatsApp mengenai aktiviti tarian separuh bogel oleh penari pondan dan pembakaran bunga api di dewan UG di Central Walk I-City.

“Menurut pihak berkenaan, perlakuan itu boleh menjatuhkan imej I-City sebagai salah satu tarikan pelancong di Selangor.

“Hasil siasatan awal mendapati kejadian berlaku pada 27 Mei sekitar jam 8 hingga 11.30 malam di Dewan Unit B-Ug-12 Upper Grand Floor Central Walk I-City.

“Siasatan mendapati, sekumpulan lelaki pondan membuat tarian separuh bogel diikuti dengan muzik yang kuat serta terdapat aktiviti pembakaran bunga api di kawasan awam berhampiran rumah penduduk,” katanya..

BACA:

Orang ramai anggap Rosyam Nor biadap, desak Shuib kahwin ‘live’ di acara besar

Isu kahwin rahsia : MK K-Clique mohon maaf pada peminat yang patah hati

Jawatan Kosong di PUSPAKOM untuk rakyat Malaysia