Maszlee ziarah mangsa banjir Simpang Renggam di Pusat Pemindahan Sementara

Maszlee ziarah mangsa banjir Simpang Renggam di Pusat Pemindahan Sementara

Sedih menerima berita bencana banjir yang melanda Simpang Renggam semalam.

Jadi pagi tadi saya ambil masa melawat keempat-empat Pusat Pemindahan Sementara (PPS) yang menempatkan mangsa banjir kawasan Simpang Renggam.

PPS Sekolah Kebangsaan Simpang Renggam menempatkan 9 keluarga dengan jumlah total mangsa seramai 31 orang. Mereka ini rata-ratanya penduduk Kg Cokro.

PPS Sekolah Agama Kompleks Penghulu pula menampung 14 keluarga dan 54 mangsa banjir. PPS ini disediakan untuk penduduk Kg Batu Enam.

26 keluarga dan 85 mangsa Kg Kolam Air ditempatkan di PPS SK Sri Kencana.

Manakala PPS SMK Dato Abdul Rahman Andak menampung 10 keluarga dengan 37 mangsa.

Hari ini hujan masih belum berhenti di Simpang Renggam. Saya mohon doa dari semua agar musibah banjir ini segera berakhir dan mereka semua boleh pulang ke rumah masing-masing.

Sumber :