Maya Karin diserang axiety ketika di set, dakwa hampir mati lemas

Maya Karin diserang axiety ketika di set, dakwa hampir mati lemas. Pelakon filem terkenal tanah air iaitu Maya Karin mengejutkan ramai peminat serta rakan selebriti selepas mengalami serangan kebimbangan yang melampau ataupun anxiety attack di set penggambaran.

Berlaku secara tiba-tiba

Kejadian itu dikongsikan sendiri oleh pelakon yang terkenal dengan filem seram Pontianak Harum Sundal Malam menerusi satu hantaran di Instagramnya.

Ujarnya, dia terkena serangan itu sewaktu sedang melakonkan sebuah babak dalam air bagi filem terbarunya iaitu Telaga Suriram.

Saya terpaksa berhenti sekejap pada 3 pagi dan sedut oksigen. Nasib baik ada pasukan medik di set.

Maya Karin diserang axiety ketika di set, dakwa hampir mati lemas

Punca terlampau penat

Tulis Maya di Instagram, serangan itu berlaku dipercayai kerana penat yang melampau selepas pulang bekerja di Singapura dan terus ke set penggambaran pada hari yang sama.

Badan dan fikiran saya penat. Otak saya pula macam beku. Otak macam ‘jem’ gila bila nak selam, tahan nafas dan berlakon tengah-tengah malam. Saya tak boleh bernafas!

Maya turut berterima kasih kepada rakan selebritinya yang lain iaitu Nabila Huda, Farid Kamil, pengarah Osman Ali serta pasukan penyelam yang bantu menenangkannya sewaktu kejadian itu berlaku.

 

Lihat siaran ini di Instagram

 

Siaran dikongsi oleh Maya Karin (@maya_karin)

BACA:

Wanita rugi RM246K selepas bank tersalah sita rumah

Ismail Sabri akan jumpa Agong khamis ini

Diskaun bayaran PTPTN akan diumum dalam waktu terdekat