Mimi Lana jadi model jenama baju dalam pula. Segelintir golongan selebriti beragama Islam ada kalanya perlu ‘kebal’ berdepan kecaman netizen, meskipun menyedari tindakan dilakukan mereka kurang sesuai untuk tatapan umum.
Terbaru, pelakon Aedy Ashraf dan Mimi Lana antara dilihat menjayakan kempen sebuah jenama fesyen antarabangsa dipercayai bagi persalinan baju, jaket serta pakaian dalam.
Menerusi hantaran terbaru di laman Instagram, kedua-duanya memuat naik video mempromosikan jenama popular tersebut memaparkan mereka ‘berposing’ sehingga menampakkan bahagian pusat.
Lihat siaran ini di Instagram
Bagaimanapun, aksi lincah mereka memperagakan koleksi jenama itu mengundang kecaman netizen yang menyifatkan ia tidak sesuai bagi Aedy dan Mimi kerana kedua-duanya beragama Islam.
Malah, segelintir netizen turut mempersoalkan mengapa tidak memilih model bukan beragama Islam untuk memperagakan pakaian dalam berkenaan.
Kenapa tak ambil model bukan Islam?
Sedih tengok cari rezeki macam ni
Bila tiada sifat malu dalam diri?
Berapa dapat bayaran?
Sebelum ini, pelakon Eyka Farhana turut dikecam ramai apabila memuat naik video memperagakan koleksi pakaian dalam bagi jenama yang sama.