Miss Intercontinental 2022: Vietnam jadi juara, netizen tanya mana Malaysia? Kelmarin tadi telah berlangsungnya malam finale Miss Intercontinental 2022, pertandingan ratu cantik yang menyambut ulangtahun ke-50 tahun ini itu menyaksikan wakil Vietnam, Le Nguyen Bao Ngoc sebagai juara.
Gadis tinggi lampai berusia 21 tahun ini berjaya mengalahkan 70 peserta lain untuk merebut mahkota berprestij yang diidam ramai. Tempat kedua jatuh kepada, wakil Puerto Rico, Mariel Papin manakala wakil Brazil, Maria Cecilia de Sousa pula berada di kedudukan ketiga.
Pada hari pertandingan Bao Ngoc tampil memukau dalam persembahan kostum nasional, dengan gaya yang sangat elegan dan peragaan yang menawan semua mata terpana kepadanya. Selain itu dia turut tampil bagaikan ratu dalam persalinan gaun petang rona emas.
Apabila diumumkan sebagai salah seorang peserta mengisi tempat top 6, dia perlu melalui sesi soal jawab tersebih dahulu. Jawapan yang diterima berbunyi, “Dari kegagalan yang manakah dalam hidup anda yang paling memberi iktibar?”
Dia pantas menjawab, “”Hakikat bahawa anda tidak mencuba yang terbaik akan membawa kepada kegagalan. Itulah sebabnya saya telah belajar pengajaran bahawa tidak kira apa yang saya lakukan, saya mesti mencuba 100%, dan menumpukan segala-galanya untuk itu.”
Mengambil peluang untuk menekankan mengapa dia berada di Mesir melalui pertandingan Miss Intercontinental 2022, dia menambah, “Cabaran yang paling saya ingin tawan adalah gelaran Miss Intercontinental. Saya bersedia dan Vietnam bersedia untuk gelaran Miss Intercontinental.”
Untuk pengetahuan pembaca REMAJA, Bao Ngoc sebelum ini merupakan peserta Miss World Vietnam 2022 yang menyaksikan dia mendapat gelaran naib juara.
Menerusi kejayaannya itu dia dilantik secara rasmi untuk mewakili Vietnam di pertandingan Miss Intercontinental 2022, manakala juara pertandingan, Mai Phuong akan mewakili Vietnam di pentas Miss World 2022 yang dijangka berlangsung penghujung tahun ini.
Wakil Malaysia Jeevasheny Anang tidak berjaya mara ke jajaran top 20 seperti yang diharapkan, walau bagaimanapun pujian harus diberikan kerana dia sudah mewakili negara dengan baik. Pada edisi 2021, wakil Malaysia, Poorani Rajoo telah berjaya menempatkan diri di kedudukan top 20.
BACA:
Video tular lori langgar 6 buah kereta rupanya dirakam ayah arwah Siti Sarah
Dr Amalina selamat lahirkan bayi perempuan, siap dedah wajah anak
“Suami saya hampir jatuh”, dedah Tun Siti Hasmah