Najib kecewa zaman kerajaan PN pun jual ladang TH Plantation

Najib kecewa zaman kerajaan PN pun jual ladang TH Plantation

Bekas perdana menteri Najib Razak tidak berpuas hati pentadbiran semasa belum membatalkan sebarang penjualan ladang TH Plantation yang ditandatangani pentadbiran lepas, proses yang dijangka selesai dalam masa 12 bulan lagi.

Katanya, pentadbiran Barisan Nasional perlu masa 9 tahun menaikkan keluasan ladang daripada 20,000 hektar ke 104,000 hektar, tetapi sekarang 74% dirancang untuk dijual, sebelum ini atas alasan kerugian kerana harga minyak sawit rendah dan terbaru, pengeluaran terjejas lantaran sekatan ke atas pengambilan pekerja asing baharu.

“Amat mengecewakan,” katanya di Facebook, dan menambah antara sebab utama majoriti Melayu menolak pentadbiran Pakatan Harapan ialah penjualan aset negara secara lambak.

“Terutamanya aset-aset milik Tabung Haji.”

Najib menarik perhatian kepada keuntungan TH Plantations yang dilaporkan pada 11 Nov, apabila harga sawit naik ke RM3,400 tan – paling tinggi sejak 8 tahun dahulu.

“Namun alasan sekarang kenapa TH Plantations masih mengalami tekanan untuk menjual aset bertukar pula hari ini,” katanya.

“Kenapa tak rayu kepada menteri Perikatan Nasional untuk mendapat kelulusan untuk pekerja asing jika kamu tak berjaya mengambil pekerja tempatan?”

Lima bulan lepas di Dewan Rakyat, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Ahmad Marzuk Shaary, pada 22 Julai berkata kerajaan “tidak menolak kemungkinan” untuk membatalkan penjualan aset TH Plantations kerana “banyak perkara berkaitan perlu diteliti semula”.

Beliau tertanya kenapa “terlalu tergesa-gesa” menjual sedangkan harga komoditi sedang pulih.

Pada sesi sama, bekas menteri Dr Mujahid Yusof berkata proses rasionalisasi syarikat 73.84% milik Lembaga Tabung Haji itu melibatkan penjualan beberapa ladang yang didapati “tidak mempamerkan prestasi mengikut jangkaan serta pelan penyususan semula syarikat”.

Berita penuh : https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2020/11/27/amat-mengecewakan-najib-tak-puas-hati-kerajaan-tak-batal-penjualan-ladang-th-plantation/