Neelofa teman PU Riz ambil ijazah, satu dewan konvo kecoh

Neelofa teman PU Riz ambil ijazah, satu dewan konvo kecoh. Selebriti yang juga usahawan terkenal, Neelofa berkongsi rasa teruja apabila suaminya, Haris Ismail menjadi antara seorang graduan pada Majlis Konvokesyen Universiti Islam Antarabangsa (UIAM) ke-38 di di Dewan Utama, Pusat Aktiviti Kebudayaan, UIAM di sini, hari ini.

Menerusi hantaran yang dimuat naik Neelofa dalam InstaStory miliknya, pengacara program Next To Neelofa itu berkongsi saat manis ketika menemani dan meraikan kejayaan pendakwah bebas itu menamatkan pengajian di UIAM.

Beberapa hantaran yang dikongsikan, Neelofa atau nama lengkapnya Noor Neelofa Mohd. Noor, 33, terlihat gembira dan bangga apabila bergambar bersama Haris yang segak mengenakan jubah konvokesyen berwarna biru firus.

Baca Artikel Penuh