Netizen persoal Masya Masyitah pakai ‘coli’ dekat luar

Netizen persoal Masya Masyitah pakai coli dekat luar

Netizen persoal Masya Masyitah pakai ‘coli’ dekat luar. SEBELUM ini, penyanyi Masya Masyitah pernah ditegur peminat ekoran pemakaian yang dianggap pelik dan tidak sesuai untuk wanita bertudung.

Namun nampaknya Masya atau Siti Nurmasyitah Mohd Yusoff, 22, belum serik apabila tampil dengan pakaian yang tidak senonoh sewaktu berada di Dubai.

Rata-rata menyifatkan penyanyi lagu Simpanan itu sudah hilang sifat malu apabila tampil dengan pakaian jumpsuit yang dipadankan dengan baju turtleneck berwarna kelabu.

Gaya itu turut dipadankan dengan tudung berwarna hitam yang tidak menutupi dada sehingga menampakkan bahagian depan jumpsuit.

Apa membuatkan netizen sakit mata dengan pakaian tersebut, ramai mendakwa ia kelihatan seperti bra yang dipakai di bahagian luar.

Netizen persoal Masya Masyitah pakai'coli' dekat luar

“Bra pakai dekat dalam dik, bukan dekat luar… Kakak sebagai perempuan terasa malu tengok baju adik.

“Fesyen pun ada batasnya buat seorang muslimah, tak sesuai buat wanita bertudung. Sifat malu jangan buang semua ya adik,” tulis seorang netizen.

Ada pula di antara pengikutnya mahu Masya kembali kepada imej lama dan teguran dibuat kerana tidak mahu penyanyi itu tersasar jauh hanya kerana terlalu mengikut perasaan dalam berfesyen.

Tidak kurang ramai yang berhenti mengikuti akaun Instagram Masya gara-gara foto terbaharunya itu.

“Suka Masya yang dulu pakai tudung terlitup. Saya pun tidak sempurna tetapi sebagai umat Islam saya wajib tegur supaya akhirat nanti saya tidak kena soal.

“Saya faham Masya hendak berfesyen tetap jangan keterlaluan. Saya doakan kakak kembali bertudung seperti dahulu,” tulis pengikutnya.

Sementara itu, pada bahagian kapsyen hantaran itu, Masya memberitahu apa yang dirasakan seseorang bukanlah masalahnya.

“The way you feel is not my problem,” tulisnya.

BACA:

KJ bagi arahan tidak perlu lagi pakai pelitup muka dalam kapal terbang

Lizzy belanja gambar ‘panas’ dengan suami, sekali netizen perasan sesuatu

Kejam..Scammer hanya tinggal baki dalam bank RM1.97

CATEGORIES