OPR naik lagi, orang ramai mula bimbang ‘makanan atas meja’

OPR naik lagi, orang ramai mula bimbang ‘makanan atas meja’

OPR naik lagi, orang ramai mula bimbang ‘makanan atas meja’. Orang ramai melahirkan kebimbangan susulan pengumuman Kadar Dasar Semalaman (OPR) baharu iaitu 2.50 peratus kerana dikhuatiri membebankan mereka.

Tinjauan Kosmo! di laman sosial mendapati, kadar kenaikan tersebut memberi kesan secara langsung kepada semua masyarakat apabila terpaksa membayar pinjaman dengan kadar yang lebih tinggi.

Seperti perkongsian di Facebook M. Iqbal, dia perlu membayar pinjaman rumahnya yang disewa lebih RM80 sejak OPR dinaikkan sebanyak dua kali sebelum ini.

“Aku sewakan rumah RM1,050. Tolak segala kos bulanan (yuran penyelenggaraan dan cukai pintu), aliran tunai menjadi negatif RM391.

“Bila bank naik lagi kali ini, hutang bertambah menjadi RM471 tetapi sewa rumah macam itu sahaja,” katanya dalam satu hantaran.

OPR naik lagi, orang ramai mula bimbang 'makanan atas meja'

Selain itu, seorang pengguna dikenali Ihsan Zainal pula menyatakan kegusaran kerana takut kadar sewa rumahnya dinaikkan oleh tuan rumah selepas ini.

“Bulan lepas elok sahaja sewa RM1,600 lebih, bulan ni terus jadi RM1,822. Ini OPR naik lagi, boleh cecah RM2,000 selepas ini.

“Itu sebab kalau aliran tunai paras-paras ‘tengkuk’ dan tak pernah dikenakan kenaikan kadar sewa lebih tiga tahun, kemungkinan aliran tunai akan menjadi negatif,” ujarnya.

Sementara itu, Bank Negara Malaysia (BNM) dalam kenyataan hari ini mengumumkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) dinaikkan 25 mata asas.

Menurutnya, kadar tertinggi dan terendah koridor bagi OPR turut dinaikkan masing-masing kepada 2.75 peratus dan 2.25 peratus.

Terdahulu, Kosmo! melaporkan penganalisis ekonomi menjangkakan Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) BNM bakal mengumumkan keputusan untuk menaikkan kadar dasar semalaman (OPR) sebanyak 25 mata asas selepas bermesyuarat pada Rabu dan Khamis (hari ini).

BACA:

Menangis tengok pakcik transfer Atm RM400 untuk 2 anak, ‘baki tinggal RM4’

Ibu tinggal dunia korporat untuk jaga anak, cemburu anak sayang pengasuh lebih

‘Cepatnya nak halau saya’, luah KJ

CATEGORIES