Panas !!! Darurat telah menyatukan pembangkang

Panas !!! Darurat telah menyatukan pembangkang

Tindakan semakan mahkamah oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Datuk Seri Salahuddin Ayub amat disanjungi serta disokongi demi kesejahteraan masa depan sistem demokrasi di negara kita.

Tindakan mahkamah yang diambil oleh kami juga telah membuktikan bahawa satu penyelarasan telah ujud kerana semakan kehakiman oleh kami semua tidak bertindih tetapi berdasarkan kepada sudut perundangan yang berbeda yang mempunyai satu kaitan yang kuat.

Semakan kehakiman yang saya failkan adalah bagi mendapat kuasa mahkamah untuk menentukan samada perdana menteri mempunyai keabsahan di saat menasihati KDYMM Agong bagi mengisytiharkan Proklamasi Darurat.

Manakala Datuk Seri Covid-19 pula memfailkan semakan kehakiman bagi memohon satu deklarasi dari mahkamah bahawa nasihat perdana menteri kepada KDYMM Agong untuk menggantung parlimen dalam tempoh darurat yang diisytiharkan adalah bertentangan undang-undang dan tidak mengikut perlembagaan.

Tindakan mahkamah dari datuk seri salahuddin ayub pula berkaitan nasihat perdana menteri untuk suatu deklarasi darurat oleh KDYMM Agong yang seterusnya menggantung persidangan Parlimen dan dewan undangan negeri bagi kesemua negeri.

Permohonan ini juga adalah bagi membolehkan kuasa-kuasa oleh perdana menteri dan kabinet serta menteri besar/ketua menteri dan exco negeri yang dikatakan tidak dapat dipertanggungjawabkan kepada Parlimen/DUN disemak oleh mahkamah.

Moralnya di sini, kami di kalangan pihak pembangkang kadang kala mempunyai perbedaan pendapat politik namun demi perjuangan untuk selamatkan kepentingan masa depan bangsa serta negara; kami boleh bersatu padu secara amat pantas.

Insya-Allah, pihak kami akan selaraskan semua tindakan-tindakan baharu di masa hadapan atas dasar semangat perpaduan sesama ahli-ahli pembangkang.

Demi untuk mencapai kejayaan matlamat perjuangan yang sama; insya-Allah saya bersedia untuk duduk semeja bersama Datuk Seri Covid-19 kearah berbincang bagi mencari satu formula secara konsensus agar semua yang diusahakan berada di atas landasan yang sama.

Kami juga akan berpegang erat pada pepatah ‘bersatu kita teguh dan bercerai kita roboh’.

Sesungguhnya juga, kami sedang memasukki satu fasa penyatuan serta perpaduan baharu di kalangan rakan-rakan pembangkang.

Apa yang penting adalah seorang perdana menteri yang tiada keabsahan serta kerajaan ‘tebuk atap’ PN mesti ditumbangkan secara kadar segera demi untuk selamatkan masa depan bangsa mahupun negara kita yang tercinta ini.

Muhyiddin Yassin dan kerajaan ‘tebuk atap’ PN sedang merosakkan negara kita ke tahap yang lebih parah dari hari ke hari.

Semua pihak jangan takut sesama manusia, kita hanya takut pada tuhan.

Satu gerakan secara bersepadu dan sistematik mesti digerakkan secara menyeluruh membabitkan keseluruhan rakyat serta mesti berjalan secara berterusan sehingga kita capai kejayaan bersama bagi menjatuhkan semua kalangan pengkhianat negara dari kerajaan ‘tebuk atap’ PN.

Semangat persefahaman sesama anggota pembangkang sudah mula kelihatan secara amat memberangsangkan kini! – thethirdforce