Panas !!! Mesyuarat khas kabinet esok tak bincang rombakan, tapi isu sokongan – Sumber

Panas !!! Mesyuarat khas kabinet esok tak bincang rombakan, tapi isu sokongan – Sumber

Mesyuarat khas kabinet yang akan diadakan esok dipercayai tiada kaitan dengan rombakan kabinet, sebaliknya tertumpu kepada isu menangani Covid-19, kata sumber kepada Malaysiakini.

Katanya, mesyuarat itu memang akan dipengerusikan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin di Putrajaya.

Sumber itu memaklumkan mesyuarat khas itu mahu membincangkan situasi terkini penularan wabak Covid-19 serta usaha mengekang penularan virus berkenaan.

“Setakat ini ia tiada kaitan dengan isu rombakan Kabinet,” katanya ketika dihubungi.

Bagaimanapun mesyuarat berkenaan menimbulkan bermacam spekulasi kerana Muhyiddin baru saja mempengerusikan mesyuarat kabinet menerusi sidang video dari pejabatnya di Putrajaya semalam.

Menurut Muhyiddin semalam adalah kali kedua mesyuarat berlangsung secara sidang video selepas kali pertama ia diadakan minggu lepas.

Kedudukan Muhyiddin sebagai perdana menteri menjadi perhatian ramai selepas Umno mengemukakan tuntutan baru untuk sokongan mereka kepada kerajaan Perikatan Nasional.

Antara isu yang mencetuskan rasa tidak puas hati Umno ialah kedudukan wakil mereka dalam kerajaan dan wujud desakan agar perdana menteri mengadakan rombakan kabinet .

Ia menyusul selepas Presiden PKR Anwar Ibrahim mengumumkan dia memiliki sokongan majoriti di Dewan Rakyat, sekali gus menandakan Muhyiddin tidak lagi mendapat keyakinan daripada ahli parlimen.

Bagaimanapun semalam Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi mengumumkan “gencatan politik” dan menegaskan parti itu menyokong PN.

Sementara itu seorang lagi sumber memberitahu Malaysiakini, selain perkembangan semasa Covid-19, isu sokongan kepada kerajaan PN juga akan dibangkitkan.

Bagaimanapun, katanya, ia tidak menyentuh soal rombakan kabinet.

“Tidak (rombakan Kabinet), tapi bincang isu sokongan kepada kerajaan dan Covid-19,” katanya ringkas.

Namun, sumber terbabit tidak menjelaskan lebih lanjut berhubung isu yang dimaksudkannya itu.

Sementara itu sumber Pejabat Perdana Menteri mengesahkan tentang mesyuarat khas esok, namun enggan mengulas lanjut.

Berita penuh : https://www.malaysiakini.com/news/547659