Panas !!! Penyokong STAR kempen jatuhkan GRS susulan pelantikan wakil Pas

Panas !!! Penyokong STAR kempen jatuhkan GRS susulan pelantikan wakil Pas

Kecewa dengan lantikan Parti Islam Se-Malaysia (PAS) ke Dewan Undangan Negeri Sabah, seorang bekas penyokong tegar Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) telah bertekad untuk menjatuhkan Gabungan Rakyat Sabah (GRS).

Farton Jinson yang dahulunya menyokong STAR/PN telah meluahkan kekecewaannya melalui Facebook.

Katanya, GRS tidak akan bertahan lama.

“Bye bye GRS dan bye bye yang berkenaan… Saya tidak undi kamu (GRS) untuk PAS dapat ADUN Lantikan”.

“Start sudah saya kempen tolak GRS ni.”

Menjelaskan kedudukannya, Farton yang sebelum ini menyokong GRS berkata, kebanyakan rakyat Sabah tidak senang dan tidak suka dengan PAS. Namun realiti itu tidak diambil perhatian oleh pemimpin-pemimpin PN/BN di Malaya.

Semakan ke laman Facebook Farton mendapati beliau telah berkempen untuk STAR dalam PRN yang lalu.

Frame STAR yang digunapakai oleh Farton
Farton berkempen untuk calon bebas pro-STAR di Bengkoka
Farton berkempen untuk calon Bebas pro-STAR di Matunggong

Ternyata, tindakan PN/BN melantik PAS telah keterlaluan dan melampau sehingga Farton terpaksa mengubah pendirian.

Berita penuh : https://inisabahbah.com/kecewa-dengan-pelantikan-pas-penyokong-star-kempen-jatuhkan-grs/?lang=ms