PAS menggelabah bila dengar cerita PH ada sokongan 129 MP

PAS menggelabah bila dengar cerita PH ada sokongan 129 MP

Hari ini berlegar desas desus PH mempunyai 129 sokongan ahli Parlimen.. secara peribadi, aku mengharapkan kita kekalkan PN sampai hujung tahun.. tapi jika PH yakin ada rasa ada keperluan mendesak..terpulang..aku tak lah berminat sangat denga Spekulasi ini..

Cuma aku nak komen gelabahnya pemimpin PAS dengan desas desus ini sehingga mendesak pembubaran parlimen..Sedangkan mereka tubuhkan Kerajaan bukanlah dari mandat rakyat..hatta Keabsahan Kerajaan hari ini masih belum dibuktikan di Parlimen.

.jadi jika PN dijatuhkan pun ianya satu perbuatan yang jauh lebih bermoral dari perbuatan langkah Sheraton jatuhkan kerajaan yang dipilih rakyat..

Ada pemimpin PAS yang gelabah kata, PM ada kuasa mohon pembubaran parlimen.. cumanya aku nak ingatkan, YDP Agong juga ada kuasa menolaknya jika sokongan kepada PH itu jelas.. padangan pandangan aku YDP Agong tak boleh tolak…

Sebabnya kes seumpama ini ada precedent (kes pendahulu) dari sudut Undang2 sebagaimana kes di Perak dimana Sultan Perak Sultan Azlan Shah menolak permintaan Ds Nizar memohon untuk membubarkan Dun Perak…Mahkamah sahkan Sultan ada kuasa untuk tolak..

Sebenarnya aku tak kisah sangat pasal spekulasi Kerajaan kerajaan PH dapat sokongan 129 ahli Parlimen ni… tapi aku meluat tengok orang yang jadi Kerajaan dari proses tebuk atap.. tiba tiba bercakap soal moral dan mandat rakyat.. Tanda ker rasa malu dan cermin di rumah.. 🙂

Ipohmali

Sumber: