Patutlah seller dari rumah selalu rugi, pemuda dedah buat COD tak dapat ‘cover’ kos petrol kereta. Bila kita ni dah jadi seller dari rumah, macam-macam dugaan yang akan kita hadapi. Nampak macam senang, tapi ada cabarannya lagi-lagi bila usahakan sendiri. Dialah nak iklankan, dialah yang nak packing, hantar barangan pun dia juga.
Kalau dah berniaga dari rumah, mestilah kita akan buat Cash On Delivery(COD) juga. Tetapi, ada pelbagai cabaran COD ni yang ramai tak tahu.
Contohnya seperti masa yang terhad untuk fokus kepada bisnes. Apabila peniaga sendiri yang kena buat penghantaran, masa untuknya memasarkan produk kepada lebih ramai orang akan menjadi terhad. Perkara ini kerana peniaga tersebut sentiasa berada di dalam perjalanan untuk menghantar pesanan dari pelanggan.
Bukan itu sahaja, peniaga juga terpaksa menempuh perjalanan yang jauh sekiranya pelanggan mereka berada di tempat yang agak jauh.
Bila dah perlu memandu dalam jarak yang jauh, semestinya kos petrol pula yang dirisaukan. Kadang-kadang kos COD yang diberikan kepada pelanggan sebenarnya tidak dapat meliputi keuntungan barangan tersebut.
Malah, ada yang rugi disebabkan kos untuk COD adalah lebih mahal berbanding keuntungan yang diperolehi..
Tak terhenti di situ, malahan ada juga yang risau untuk menggunakan aplikasi penghantaran kerana risau dengan kos penghantaran.
Realitinya, anda perlu tahu bahawa jika anda buat COD, kos tol dan petrol adalah signifikan. Masa yang digunakan oleh seller pula sangat berharga.
Ada juga seller yang risau penggunaan aplikasi penghantaran akan mengelirukan, tapi sebenarnya proses tempahan penghantaran mudah saja.
BACA:
Kejam..doktor rogol wanita mengandung ketika pembedahan
Jamal Abdillah kecewa konsert tribute tak dapat sambutan
Aliff Aziz buat hal lagi? Orang ramai perasan tengah berpeluk dengan Intan Najuwa..