Pelan penstrukturan TH diperkenal Mujahid dapat pengiktirafan Islamic Finance Awards 2020

Pelan penstrukturan TH diperkenal Mujahid dapat pengiktirafan Islamic Finance Awards 2020

Sebuah laman web yang membicarakan tentang dunia pelaburan dan kewangan http://theasset.com tampil menamakan proses penstrukturan Tabung Haji sebagai satu proses penstrukturan terbaik.

Proses penstrukturan berjumlah RM 27.56 bilion melalui sukuk murabahah itu dengan Urusharta Jamaah mendapat pengiktirafan oleh Islamic Finance Award 2020.

Anugerah yang disampaikan mengikutan turutan negara itu boleh dirujuk melalui pautan https://www.theasset.com/awards/islamic-finance-2020-best-deals-country

Isu penstrukturan Tabung Haji menjadi pertikaian pihak yang menerajui kerajaan PN sekarang kerana dianggap merugikan Tabung Haji.

Bekas Menteri Agama, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa pula mempertahankan proses penstrukturan tersebut dan menganggap keputusan yang dibuat berdasarkan pertimbangan profesional pihak pengurusan tabung Haji yang dilantik di era kerajaan PH.

Proses penstrukturan ini terpaksa dilaksanakan demoi menyelamatkan kedudukan akaun Tabung Haji yang dilihat jumlah liabilitinya melebihi jumlah aset yang tidak memmungkinkan badan yang mengurus haji umat Islam itu mamapu membayar hibah tahunan kepada para pendeposit.

Laporan Bank Negara dan Audit pada waktu itu memaksa Mujahid untuk bertindak pantas dan agresif demi menyelamatkan sebuah agensi yang dimiliki oleh umat Islam tersebut.

Sumber : https://www.theasset.com/awards/islamic-finance-2020-best-deals-country