Pemimpin keturunan Dayak jadi calon Ketua Menteri Sarawak PH – Larry Sng

Pemimpin keturunan Dayak jadi calon Ketua Menteri Sarawak PH – Larry Sng

Jawatan ketua menteri Sarawak harus diisi oleh pemimpin Dayak, sekiranya Pakatan Harapan memenangi pilihan raya negeri itu pada tahun depan, kata Pengerusi PKR Sarawak Larry Sng.

“Beliau (ketua menteri) tidak semestinya menjadi pengerusi parti negeri atau pengerusi PH, tetapi harus dari kaum Dayak,” kata Sng, yang sebelum ini mengumumkan pengundurannya sebagai ketua PKR negeri kerana mahu PKR Sarawak diterajui oleh pemimpin Dayak.

Hari ini Sng bersetuju untuk terus memimpin PKR Sarawak dengan syarat PKR negeri dan pusat serta parti komponen Pakatan Harapan bersetuju supaya pemimpin Dayak diangkat menjadi calon ketua menteri.

Beliau menegaskan majlis pimpinan negeri PKR sudah pun bersetuju dengan cadanganya itu.

“Jika kita menang pilihan raya ini, beliau akan menjadi ketua menteri Dayak ke-3 dalam sejarah pentadbiran kerajaan negeri,” katanya dalam kenyataan.

Sng berkata DAP Sarawak juga menyambut baik cadangannya itu dan mahu mengadakan perbincangan lanjut bulan depan.

Sng berkata masa sudah tiba untuk pemimpin Dayak menerajui Sarawak bagi mewujudkan kebersamaan dalam kalangan Bumiputera negeri itu yang diabaikan oleh kerajaan.

“Mereka (kaum Dayak) adalah kaum terbesar tetapi dipinggirkan di setiap bidang dan industri di negeri ini,” katanya.

Sarawak diterajui oleh Abang Johari Tun Abang Openg dari Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), yang menerajui Gabungan Parti Sarawak (GPS).

Berita penuh : https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2020/12/23/larry-sng-letak-syarat-pimpin-semula-pkr-sarawak-pemimpin-dayak-ph-dicalon-jadi-km/