Pemimpin Umno desak kerusi ahli parlimen Umno yang ‘belot’ ke Bersatu tetap milik Umno

Pemimpin Umno desak kerusi ahli parlimen Umno yang ‘belot’ ke Bersatu tetap milik Umno

Tajam juga sindiran bekas Ahli Parlimen BN (Umno) Kemaman ni.

Memetik status yang dimuat naik oleh Ahmad Shabery Cheek di facebooknya;-

Dalam sejarah perang, terutama di Timur Tengah, paling banyak cerita pilot belot. Bawa pesawat terbang melarikan diri dari perang dan mendarat di negara ketiga.

Negara asal menuntut, kamu boleh simpan pilot belot, tetapi pulangkan pesawat kami.

Politik Malaysia pun banyak cerita belot. Isunya sama. Kamu boleh simpan YB yang belot, tetapi kerusi itu tetap milik parti yang dimenangi dulu.

Rasanya tuntutan itu adil dan munasabah!

Sumber :