Peminat teruja tengok Perodua Axia 2023 baharu, “canggih sangat ni!” Model bakal dilancarkan itu bukan lagi versi dipertingkat (facelift) dengan pembaharuan minor, tetapi generasi baharu sepenuhnya.
Makna kata rekabentuk luaran dan dalaman tidak sama sekali dengan Perodua Axia sedia ada.
Menurut sumber, Perodua Axia (2023) serba baharu akan ditawarkan dalam lima pilihan varian, iaitu E (manual), G, X, SE, dan AV.
Penawaran varian manual itu menandakan hanya Perodua Axia dan Perodua Bezza saja masih ditawarkan dalam transmisi berkenaan.
Kehadiran varian asas E itu juga kemungkinan bersar mampu mengekalkan Perodua Axia sebagai kereta baharu paling murah di Malaysia. Kami yakin varian itu lebih mensasarkan pemilik sekolah memandu, dan syarikat.
Perodua Axia ketika ini ditawarkan dalam enam varian: E, G, Gxtra, Style, SE dan AV. Namun varian Gxtra dan Style digugurkan, dan digantikan varian X.
Sebagai makluman, varian X turut diperkenalkan pada semua model semasa Perodua.
Ketiadaan varian Gxtra dipercayai untuk memberi laluan kepada G. Ini kerana varian Gxtra ada menawarkan ciri Kawalan Stabiliti Kenderaan (VSC), Kawalan Traksi (TC) dan beberapa aspek luaran, termasuk dalaman yang dikemas kini berbanding G yang lebih asas.
Perodua Axia Style pula dilengkapi gaya luaran berbeza. Bagaimanapun, varian khas, Special Edition (SE) masih lagi dikekalkan bersama varian tertinggi, Advance (AV).
Kami jangka varian seperti Gxtra dan Style akan menyusul sebagai versi dipertingkat (facelift) tahun depan, atau dua tahun lagi.
BACA JUGA :
Muhyiddin bakal didakwa atas tuduhan rasuah RM92.5 Billion?
Ini tiga sungai di Selangor jadi hotspot lemas sebab kepala air
Dah masuk usia 40 tahun, ramai terpegun tengok Nora Danish ‘bergetah’ elok