Tiga ahli ekonomi mengkritik pentadbiran Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam usaha menentang pandemik Covid-19, yang menegaskan Putrajaya masih bimbangkan bajet yang seimbang dan bukan bertindak balas dengan segera.
Dalam surat yang ditulis sebagai tindak balas kepada langkah-langkah fiskal terkini kerajaan, 3 ahli ekonomi terkemuka menrasakan pentadbiran Muhyiddin gagal menunjukkan kepimpinan pada masa perpaduan rakyat adalah keutamaan masa ini, dan telah tidak berkesan dalam menghadapi krisis.
“Kami sangat bimbang dengan kekurangan inisiatif yang jelas dan koheren oleh Kerajaan dalam menangani krisis yang semakin meningkat,” kata Muhammed Abdul Khalid, Nungsari Ahmad Radhi, Hamdan Abdul Majeed dalam surat bersama.
“Kita terikut-ikut dengan perspektif bajet seimbang sedangkan negara lain, terutamanya Asia Timur, bertindak balas dengan rasa mendesak yang kuat, kali ini suasananya cukup berbeza.”
Kritikan itu dibuat berikutan kebimbangan mengenai apa yang mereka rasakan ialah ketidakupayaan kerajaan Perikatan Nasional untuk menggariskan pelan rangsangan fiskal yang sepatutnya, dan seolah ragu-ragu untuk meminjam lebih banyak apabila berhadapan dengan risiko ekonomi yang bakal runtuh kerana wabak koronavirus novel.
Mereka berpendapat bahawa kerajaan yang dipimpin oleh Muhyiddin mesti menyedari bahawa negara itu berada dalam situasi unik yang hampir sama dengan “masa perang”, dan ia mesti melakukan “apa sahaja yang diperlukan” untuk mengatasi, termasuk untuk berbelanja besar untuk melonjakkan ekonomi.
Muhyiddin telah dikritik secara meluas kerana keputusannya untuk membenarkan pengeluaran dana KWSP bagi membantu pekerja-pekerja menghadapi krisis ekonomi dari krisis Covid-19, berbanding menyuntik lebih banyak wang tunai ke dalam isi rumah.
Baca lanjut di : https://www.malaymail.com/news/malaysia/2020/03/23/economists-want-muhyiddin-to-show-leadership-amid-covid-19-crisis-slams-con/1849417