Penularan Covid-19 membimbangkan, 303 kes tidak tahu dari mana punca – Dr Dzulkefly

Penularan Covid-19 membimbangkan, 303 kes tidak tahu dari mana punca – Dr Dzulkefly

Penularan Covid-19 dalam komuniti berada pada tahap membimbangkan susulan terdapat 303 kes dikesan tidak berpunca dari kluster sedia ada.

Pengerusi Pasukan Petugas Pencegahan Covid-19 Selangor (STFC) berkata kes ‘sporadic’ (bertaburan atau tidak tentu waktu) tidak mempunyai kaitan dengan kluster menunjukkan virusnya lebih cebat merebak sekiranya masyarakat culas dan cuai mengamalkan tatacara operasi piawai (SOP).

“Oleh itu, amat mustahak untuk sentiasa berjaga-jaga dengan SOP terutama memakai pelitup muka dan menjaga jarak sosial. Sentiasa elakkan tempat sesak, sempit dan bersembang dengan dekat,” kata Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad menerusi kenyataan di Facebook hari ini.

Mantan menteri kesihatan itu berkata negara kini berada pada tahap gelombang ketiga Covid-19 dan meskipun amat membebankan, adalah mustahak untuk semua patuh serta menangani segera perebakan juga penularan kluster berkenaan.

Berita penuh : https://selangorkini.my/2020/10/covid-19-303-kes-bukan-dari-kluster-penularan-wabak-membimbangkan/?