Pertukaran kerajaan : Asalnya rakyat teruja, tapi bila berebut rakyat jadi bosan

Pertukaran kerajaan : Asalnya rakyat teruja, tapi bila berebut rakyat jadi bosan

Gerakan untuk menukar kerajaan PN yang dianggap ‘double standard’ dan membazir wang rakyat dengan lantikan politik yang terlalu ramai pada mulanya mendapat reaksi positif dalam kalangan rakyat Malaysia.

Gerakan yang dimulakan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim itu dilihat oleh sebahagian rakyat sebagai tepat dan memberi sinar baru setelah kerajaan PN dilihat seperti tersasar dari landasan dengan kes Covid-19 yang semakin meningkat hingga mencetuskan gelombang baru yang lebih tinggi.

Anwar ketika memulakan langkahnya telah mengumumkan kepada rakyat melalui satu sidang media khas. Majoriti rakyat pada waktu itu melihat ia satu proses yang mudah dan peralihan kerajaan akan menjadi lancar. Harapan disandarkan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk membetulkan kesilapan yang telah dibuat oleh kerajaan PN.

Namun setelah dipanggil mengadap YDP Agong, rakyat dikejutkan dengan satu lagi gerakan baru yang dilihat mula berlaku bibit-bibit perebutan kuasa yang memualkan.

Walaupun secara hakikatnya rakyat mula menerima bahawa Muhyiddin sudah hilang majoriti, namun konflik perebutan kuasa ini dilihat seperti keadaannya balik asal dan ahli poltik sekali lagi dilihat rakus berebut kuasa sesama sendiri tanpa memikirkan nasib rakyat yang sedang dilanda Covid-19.

Pertembungan yang dimaksudkan adalah antara gerakan dari Anwar dan gerakan kedua yang dikatakan turut di gerakkan oleh Ku Li. Walaupun masih tidak jelas ke mana hala tuju gerakan yang dipimpin Ku Li, namun pemerhati politik melihat ia satu gerakan yang diatur setelah Anwar memulakan langkahnya baru-baru ini.

Namun mungkin dakwaan itu silap, kerana gerakan dipimpin Ku Li tidak pernah menzahirkan objektif gerakannya secara jelas kecuali setakat ini dilihat mahu membuktikan Muhyiddin sudah tiada majoriti untuk kekal sebagai Perdana Menteri.

Kekalutan yang tercipta ini meresahkan rakyat. Rahimi, seorang peniaga kedai runcit yang ditemui menyatakan, alangkah baik sekiranya Anwar dan Ku Li bergandingan sahaja. Jadilah kerajaan rakyat untuk tempoh sehingga Covid-19 pulih dan bubarlah parlimen untuk PRU.

Bagi beliau ini lebih baik dari berebut tak berkesudahan dan rakyat cukup muak dengan gelagat sebegini.

Hashimah, seorang pekerja swasta pula menyebut “Orang politik ini menyusahkan. Gelombang ketiga Covid-19 ini pun hasil kedegilan mereka, ni nak susahkan lagi rakyat?”

Beliau menambah, jika Anwar dan Ku Li duduk dan bincang satu meja alangkah baik dan persembah majoriti bersama mereka. Dengan itu ia dapat memudahkan tugas Agong.

Apapun yang berlaku, majoriti rakyat berharap kemelut ini tamat segera, satu dasar komprehensif hadapi kesan ekonomi kerana Covid-19 perlu dilaksanakan segera. Ku Li atau Anwar keduanya bekas Menteri Kewangan. Jika mereka bergandingan bahu, ia merupakan satu kombinasi paling baik buat Malaysia pada masa ini.

Sumber :

Pertukaran kerajaan : Asalnya rakyat teruja, tapi bila berebut rakyat jadi bosanGerakan untuk menukar kerajaan PN yang…

Posted by Tak tahu on Thursday, October 15, 2020

 

COMMENTS