Pesan untuk anak muda : Waspada dengan golongan tamak

Pesan untuk anak muda : Waspada dengan golongan tamak

Pesan buat anak2 muda

Anak, hidup kamu adatnya lebih panjang daripada kami. Kamu berhak mendapat kehidupan yg lebih baik daripada zaman kami. Kamu berhak untuk hidup mulia semulia bangsa yang maju di negara2 maju. Kerana negara kamu ini sumbernya sangat banyak melimpah kekayaannya. Lebih kaya sumbernya daripada banyak negara yang sudah maju.

Kami sudah menjalani kehidupan. Kesusahan bagi kami sudah jadi kenangan. Kesusahan di awal kehidupan bagi kami adalah ketika wang Ringgit masih bernilai tinggi. Kesusahan bagi kami adalah ketika harga rumah teres setingkat RM69k, secawan teh tarik RM0.50, penuh satu troli barangan super market cuma RM50 – RM70. Itu zaman kami mula hidup berkeluarga 1990an dulu.

Ye, gaji kami rendah ketika itu baru kerja. Tetapi kini kamu baru kerja gaji kamu naik 1.5 kali ganda berbanding kami dulu, tetapi harga rumah untuk kamu beli ketika ini naik hampir 5 kali ganda berbanding zaman kami! Sangat tidak seimbang dengan kenaikan upah kerja kamu. Semua harga barang dan perkhidmatan sangat mahal bagi kamu yang baru ingin mulakan kehidupan ini.

Justeru apa daya kamu untuk masa depan kamu…?

Marilah berfikir nak.. sesuatu yang terjadi bukanlah kebetulan atau takdir semata. Jurang perbezaan antara golongan kaya dan miskin bukan hukum alam semula jadi akibat penawaran dan permintaan. Sebaliknya ia terjadi akibat hukum ihtikar atau monopoli.

Monopoli terjadi kerana golongan tamak tak kenyang menjadi kaya. Daripada kaya, mahu merasa superkaya pula. Barulah boleh melancong seluruh dunia, membeli belah di Harrods kota London dengan jet peribadi atau sewa khas, membeli harta tanah di New York atau Queensland.. bahkan dunia ini benar2 menjadi ibarat syurga tempat persiarannya.

Kenalkah kamu siapa golongan tamak si kaya dan superkaya itu? Itu persoalan untuk kamu jawab, supaya kamu jangan tersalah pilih.

Mereka itu sangat pandai tidak menunjukkan kekayaan mereka. Mulut mereka lantang memperjuangkan nasib anak bangsa. Ceramah mereka juga tidak lekang daripada nas2 agama. Sama ada mereka memakai songkok berkot atau serban berjubah, mereka sama sahaja. Berpura2 zuhud dan warak itu lumrah mereka, tetapi tabiat sukakan kemewahan tak mampu mereka berpisah dengannya.

Supaya kamu suka dan pilih mereka, mereka taburlah gula2 berwarna-warni supaya kamu gembira dan memuji kemurahan hati mereka, sehingga kamu panggil mereka dengan panggilan keluarga. Tetapi di belakang kamu tak nampak, mereka agihkan kekayaan sesama mereka dengan cara membahagi jawatan kepada kroni yang sudah ada kerja, dengan upah kerja berganda melalui syarikat2 kerajaan dan pelaburan kerajaan segala apa yang ada. Mereka juga memiliki saham atau pegangan juta2 atas nama ahli keluarga.

Mereka sentiasa mengawasi cara kamu berfikir. Sekali mereka nampak kamu mulai sedar, mereka akan gemparkan kamu dengan ancaman bangsa pendatang. Tentera upahan mereka sangat ramai di media sosial yang menjadi rujukan kamu. Lalu kamu leka dengan ancaman ciptaan mereka. Lalu kamu salahkan ancaman itu atas kelemahan bangsa kamu. Sedangkan mereka berkuasa puluhan tahun tidak pun bersungguh membela kamu melainkan sekadar gula2 supaya kamu bergembira.

Mereka dapat tanah ratusan ekar hanya dengan membayar duit cukai stem. Kamu nak dapat tanah satu lot tapak rumah pun bergolok bergadai menjadi kuli bank membayar hutang puluhan tahun. Tanah rezab bangsa kamu mengecil teruk akibat dasar ‘pembangunan’ yang mereka bawa kononnya. Yang membangun adalah diri mereka menjadi jutawan hartawan superkaya, bukannya kamu anak bangsa marhaen yang membanting tulang siang malam buat kerja.

Jadi waspadalah kamu nak.. jangan kamu terpedaya liciknya mereka. Mereka menuduh musuh mereka dengan tuduhan moral, padahal merekalah yang paling tidak bermoral sanggup membolot kekayaan negara dengan simpanan tetap di luar negara. Mereka lantang membangkitkan citra bangsa dan agama, padahal merekalah pemusnah masa depan bangsa dan agama.

Waspadalah kamu dengan mereka. Jangan kamu terpedaya dengan cakap dan gaya mereka. Lihat dan perhatilah diri, keluarga dan kawan2 kroni mereka, sama ada mereka orang yang benar, atau pendusta.

Sumber: