Pesawah hidup serba mewah rupanya pengedar dadah

Pesawah hidup serba mewah rupanya pengedar dadah. Rahsia kehidupan mewah seorang pesawah dekat Kampung Pasir Akar di sini terbongkar apabila dia ditahan polis pada Rabu lepas kerana dipercayai terbabit dalam kegiatan pengedaran dadah.

Ketua Polis Daerah Besut Supt Abdul Rozak Muhammad berkata, duda berusia 36 tahun itu didakwa mengamalkan gaya hidup mewah antaranya tinggal di rumah banglo selain memiliki sebuah kenderaan pacuan empat roda Toyota Hilux dan kereta Perodua Alza.

Katanya, suspek ditahan oleh sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Daerah (IPD) Besut di rumahnya kira-kira jam 5.30 petang.

Baca Artikel Penuh