PKR nafi masalah timbul dalam Pakatan Harapan

PKR nafi masalah timbul dalam Pakatan Harapan

Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Dr Xavier Jayakumar menegaskan bahawa tiada sebarang masalah timbul dalam Pakatan Harapan (PH).

Jelas beliau, kenyataan yang dikeluarkan oleh Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Mohamad Sabu dan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng hanyalah bersifat peribadi dan tidak mewakili suara PH secara bersama.

“Saya ingat kita tiada masalah. Ini adalah satu kenyataan peribadi… tapi konsensus PH akan diteruskan dan saya percaya bahawa semua pemimpin, rakan kita daripada PH dan dari luar akan bersama-sama dengan kita.

“Bersama untuk bawakan perubahan yang dinantikan rakyat di mana mandat rakyat akan diberi kuasa balik pada masa akan datang,” katanya dalam Buletin Awani hari ini.

Xavier berkata, tidak timbul isu desakan supaya Datuk Seri Anwar Ibrahim meletak jawatan kerana Majlis Presiden PH juga bersetuju untuk beliau meneruskan agenda yang dibincangkan sebelum ini.

Berita Penuh : https://www.sinarharian.com.my/article/115253/BERITA/Politik/PKR-nafi-timbul-masalah-dalam-PH