Presiden Pas rakam takziah atas pemergian Ayatollah Mohammad Ali Tashkiri

Presiden Pas rakam takziah atas pemergian Ayatollah Mohammad Ali Tashkiri

PAS merakamkan ucapan takziah kepada keluarga al-Marhum Ayatollah Mohammad Ali Taskhiri yang meninggal dunia hari ini, akibat serangan jantung di sebuah hospital di Tehran.

Beliau merupakan Ketua Majlis Tertinggi bagi Majma’ Taqrib Antarabangsa Antara Mazhab Islam Iran dan juga merupakan penasihat kanan kepada Ayatollah Ali Khamenei. Selain itu, beliau juga pernah memegang posisi Naib Ketua Kesatuan Ulama’ Muslim Sedunia.

Kehilangan beliau merupakan suatu kehilangan yang amat besar khususnya buat dunia Islam kerana jasa beliau dalam menggerakkan agenda perpaduan ummah melalui penulisan serta penglibatannya sebagai Setiausaha Agung dalam Majma’ Taqrib Antarabangsa Antara Mazhab Islam.

Semoga roh al-Marhum Ayatollah Mohammad Ali Taskhiri ditempatkan dalam kalangan para solihin dan dilimpahkan dengan rahmat Allah SWT serta kurnia daripadaNya.

ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS

Bertarikh: 28 Zulhijjah 1441 / 18 Ogos 2020

Sumber :