PRN Melaka : Tuan Ibrahim tawar BN,PN guna logo Pas

Dato’ Sri Tuan Ibrahim bin Tuan Man hari ini mencadangkan agar semua parti dipercayai merujuk kepada parti dalam BN dan PN menggunakan logo Pas dalam PRN Melaka.

Ini adalah rentetan kedua-dua pihak daripada Umno dan Bersatu kelihatan begitu ghairah ‘menggoda’ Pas agar terus setia bersama mereka.

PRN Melaka Tuan Ibrahim tawar BNPN guna logo Pas

Tangkap layar dari halaman Facebook Dato’ Sri Tuan Ibrahim bin Tuan Man

Ini antara komen-komen yang ditinggalkan netizen : 

Ada juga netizen yang kurang bersetuju dengan cadangan tersebut :

Bagaimanapun kerjasama itu berpandukan kepada prinsip PAS mesti bertanding menggunakan lambang sendiri.

Pada 26 Oktober lalu, Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Muhyiddin Yassin berkata Bersatu, PAS dan Gerakan bersepakat untuk bertanding di Melaka menggunakan lambang PN.

Namun Ahli Jawatankuasa Kerja Pusat PAS, Mohd Zuhdi Marsuki berkata keputusan berkaitan penggunaan logo perlu dirujuk terlebih dahulu kepada badan pemutus dalam PAS dan parti masing-masing.

BACA JUGA : PRN Melaka : Pembangkang sepakat guna logo PH
Tandas awam ‘ala syurga’ di Kelantan
Sah !!! UMNO akan bersama PAS di PRN Melaka

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (0)