“Punyalah cantik isteri kat luar, masuk je rumah dah macam sarang tikus”

Oleh GEMILANGDAILY

“Punyalah cantik isteri kat luar, masuk je rumah dah macam sarang tikus” Seperti kita ketahui, menjadi seorang penyewa rumah haruslah bertanggungjawab, amanah dan membersihkan semula rumah sewa tersebut sediakala sepertimana tuan rumah menyediakan rumah sewa kepada kita. Namun tidak kesemua penyewa rumah itu pembersih, lagi mengejutkan mempunyai penyewa rumah wajahnya yang cantik dan kacak tetapi seorang pengotor.

Pemilik rumah sewa yang dikenali sebagai Kamarina Komeng di perumahan flat di Pasir Gudang, Johor, telah mengalami kerosakan yang begitu banyak dan teruk setelah menyewakan kepada suami isteri yang mempunyai wajah yang cantik serta kacak.

Beliau juga tertanya-tanya bagaimana mereka mampu hidup dengan kondisi rumah yang sebegini. Kamarina turut mengatakan penyewa suami isteri ini asalnya menyewa bilik sahaja sebelum mereka berpindah di rumah yang beliau sewakan, tetapi bercampur dengan penghuni lelaki lain di dalam rumah sewa yang sama.

Mereka baru sahaja berkahwin, dan si isteri tidak mempunyai pekerjaan ketika itu. Oleh itu, beliau turut berasa simpati dan memberi mereka menyewa di rumah tersebut dengan harga RM500 sebulan.

"Punyalah cantik isteri kat luar, masuk je rumah dah macam sarang tikus"

Namun, pasangan suami isteri ini sering lewat membayar sewa bulanan dan selalu ada tunggakan bayaran. Akhirnya beliau datang ke rumah sewanya untuk lihat sendiri. Sebaik sahaja sampai di rumah tersebut, penyewanya tiada di rumah dan beliau memasuki rumah sewanya dengan kunci pendua.

Setelah melangkah di dalam rumah tersebut, beliau mampu mengucap dan melihat keadaan rumahnya yang sangat teruk seperti ditinggalkan.

Kamarina turut bertanya kepada jiran-jiran di kawasan rumah sewanya tentang pasangan suami isteri itu, jika mereka masih menetap di rumah sewa beliau. Namun jiran tetangga mengatakan sering melihat pasangan suami isteri itu keluar masuk dari rumah sewa tersebut.

Setelah itu, Kamarina menghubungi pasangan suami isteri itu dan pura-pura tidak tahu tentang rumah sewanya yang kotor, dan meminta mereka keluar dari rumah tersebut.

Oleh itu, jagalah harta yang dipinjamkan oleh orang lain dengan baik dan menjadi seorang penyewa yang pembersih serta amanah. Walaupun hanya rumah sewa, kita perlu menjaga adab.

BACA:

Duit dalam bank tiba-tiba lesap? Ini cara dapatkannya semula

Gadis cantik ini cari calon suami – “semua belanja saya akan tanggung”

Isteri PU Abu geram dengan Hana Azraa – “cukuplah 4 tahun, jangan rosakkan mental saya lagi”