Ramai terkejut rupanya Zarina Anjoulie cucu kerabat diraja, siap bawa kekasih datang jumpa. Baru-baru ini, pelakon sensasi Zarina Anjoulie dilihat membawa kekasih Datuk Sri Khazrul Elzey datang melawat keluarga sebelah bapanya.
Yang menarik perhatian, rupa-rupanya Zarina atau lebih mesra disapa Anju merupakan cucu kepada kerabat diraja negeri Kelantan iaitu Y.M Tengku Datuk Farida Ibni Sultan Ibrahim.
“Keluarga sebelah bapa Anju. Terima kasih Daddy Fahizul bawa saya bertemu nenda Anju, Y.M Tunku Datuk Farida Ibni Sultan Ibrahim,” katanya.
Nenda kepada Anju turut memberi nasihat untuk banyak bersabar kepada Elzey apabila sudah berumah tangga dengan cucunya, kelak.
“Terima kasih Mak Engku (nenda) nasihat Mak Engku kepada anakanda ‘Kalau Anju marah anakanda keluar sekejap rumah jangan lawan jangan gaduh kena bersabar’. InsyaAllah Nenda, anakanda akan menjaga Anju cucu nenda dengan baik,” ujarnya terima nasihat yang diberikan.
Dalam pada itu, dia juga berterima kasih diterima baik oleh keluarga Anju.
@abot_anjoulie Keluarga sebelah bapa anju terima kasih Daddy Fahizul bawa saya bertemu nenda (grandma) Anju Y.M Tunku Dato Faridah Ibni Sultan Ibrahim. Terima kasih Mak Engku (Ninda) nasihat Mak Engku kepada anakanda “kalau anju marah anakanda keluar sekejap rumah jangan lawan jangan gaduh kena bersabar” InshaAllah Ninda, anakanda akan menjaga Anju cucu ninda dengan baik. Terima kasih kepada TengkuCik dan Nik Fazirudean and Nik Faris. Tqvm to wish me welcome in your family’s #fyp #zarinaanjoulie ♬ Thank You for Everything – Mill Town
“Terima kasih kepada Tengku Cik, Nik Fazirudean dan Nik Faris. Thank you very much to wish me welcome in your family’s. I love you all till Jannah,” katanya lagi.
Perkongsian tersebut dibuat menerusi TikTok milik Elzey dan bahagian komen telah ditutup olehnya.
BACA:
Padah tak bayar gaji, pekerja nekad bakar rumah majikan
Tular rakaman situasi dalam pesawat Nepal sebelum terhempas