‘Rindu panggilan Abang’ – Kasih suami tetap setia jaga 18 tahun isteri dalam koma

Oleh SHUHADA BUSTAMAN

‘Rindu panggilan Abang’ – Kasih suami tetap setia jaga 18 tahun isteri dalam koma. “Saya akan menjaga dirinya hingga ke akhir hayat” Rindu Panggilan ‘Abang’ Dari Isteri Tercinta, 18 Tahun Suami Setia Jaga Isteri K0ma

Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul, begitulah ujian yang men2mpa pasangan suami isteri ini bermula sejak 2004 hingga kini. Tiada apa yang diharapkan bagi Rosli Itam selain menanti keajaiban untuk isterinya kembali sembuh.

Seakan sekelip mata semuanya berubah, semuanya berlaku secara tiba-tiba. Siapa sangka isteri yang sihat boleh jatuh s4kit secara tiba-tiba. 18 tahun k0ma bukan tempuh masa yang singkat, namun suami ini terus setia dan berkorban menjaga isteri tersayang.

Kisah seperti ini harus dijadikan inspirasi buat pasangan suami isteri yang lain. Membina rumahtangga , sentiasa ada di sini ketika waktu senang dan susah.

Rindu Dipanggil ‘Abang’

'Rindu panggilan Abang' - Kasih suami tetap setia jaga 18 tahun isteri dalam koma

Tiada apa diharapkan Rosli Itam, 53, selain keajaiban untuk melihat isterinya, Rusmahwati Wazir Mohamed, 50, yang 18 tahun k0ma dan terl4ntar sejak 2004 kembali sedar.

Bagi bekas pesara Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) itu, seribu rahmat buatnya jika Rusmahwati dapat kembali bercakap dan memanggilnya ‘abang’ kerana detik itu sangat dirinduinya.

Mer4cau Tidak Sedarkan Diri

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Rosli berkata, kehidupan Rusmahwati yang sebelum itu sihat dan tiada peny4kit berubah apabila dia mer4cau serta tidak sed4rkan diri pada Mei 2004.

Katanya, kejadian itu berlaku ketika isterinya baru lebih tiga bulan melahirkan anak keempat mereka.

“Sewaktu kejadian, saya berada di Butterworth, Pulau Pinang dan pada malam 24 Mei 2004, saya dimaklumkan jiran bahawa isteri mer4cau dan selepas itu tidak sed4rkan diri.

“Isteri dih4ntar ke H0spital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) Kuantan dan apabila saya tiba di h0spital, doktor memaklumkan dia dalam keadaan krit1kal dan k0ma.

“Menurut doktor, isteri saya mengh1dap peny4kit hypoxic encephalopathy atau hipoksia otak dan memerlukan masa yang agak lama untuk pulih di samping rawatan fisioterapi setiap hari,” katanya ketika ditemui dirumahnya di Taman Sri Mahkota Aman, di sini semalam.

Terdahulu, Rosli menerima kunjungan Presiden Pertubuhan Kebajikan Kemanusiaan Antarabangsa (Peka), Datuk Seri Zuhairi Ab. Kadir yang hadir melawat dan menyampaikan sumbangan.

Hipoksia otak agak asing dalam kalangan masyarakat dan ia membawa maksud, satu bentuk hipoksia atau kekur4ngan oksigen yang memp3ngaruhi otak.

Pelbagai Ikhtiar Dilakukan

Ia berlaku ketika otak tidak menerima oksigen yang mencukupi walaupun dar4h masih mengalir, apabila bekalan oksigen terputus, maka ia digelar hipoksia otak.

Gejala itu menjadi lebih berb4haya apabila aliran oksigen ke otak terputus dan k3san burvknya boleh mengakibatkan k0ma, s4wan dan kem4tian otak.

Rosli berkata, selain HTAA, isterinya turut menerima raw4tan di H0spital Teluk Intan dan H0spital Angkatan Tentera Lumut di Perak namun keadaannya tetap sama.

“Selain raw4tan moden di h0spital, lebih 50 kali saya cuba menerusi cara tradisional dan alternatif di seluruh semenanjung namun belum berhasil,” katanya.

Menurutnya, Rusmahwati hanya minum susu khas, Ensure Gold melalui tiub di hidungnya yang mana bekalannya setiap bulan diperoleh menerusi bantuan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso).

“Perkeso juga bantu membekalkan lampin pakai buang setiap bulan. Selain itu, isteri saya menerima bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), RM300 sebulan.

“Terima kasih kepada semua pihak yang membantu isteri saya termasuk TUDM sejak 2004 sehinggalah saya berpencen pada 2013,” katanya.

Cinta Sampai Syurga

Rosli berkata, biarpun apa pun keadaan isterinya, pe­rasaan cinta dan sayang terhadapnya tidak pernah berkurangan.

Dia juga tidak pernah putus harapan agar Rusmahwati pulih suatu hari nanti dan berharap jika ada pakar dan pengamal perubatan Islam yang boleh merawat peny4kit isterinya tampil membantu.

“Saya tidak men4gih bantuan kewangan, apa saya harapkan bantuan kepakaran untuk merawat isteri. Boleh bercakap pun sudah memadai, biarlah dia tidak boleh bergerak, saya akan menjaganya sehingga ke akhir hayat,” katanya sebak.

BACA:

Anak dara Jep Sepahtu jadi bualan ramai, “berhabuk dia speaking”

Ringgit merudum jatuh lagi, paling teruk dalam sejarah

Menjelang PRU15, kes Covid-19 naik mendadak buat KKM pening kepala