‘Rundingan sulit’ dengan Muhyiddin, ahli parlimen PKR mula nyatakan bantahan

‘Rundingan sulit’ dengan Muhyiddin, ahli parlimen PKR mula nyatakan bantahan

Dua pemimpin PKR tampil menyatakan pendirian menyokong Pakatan Harapan (PH) Plus untuk tidak mengadakan sebarang rundingan dengan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainuddin bagi membentuk kerajaan.

Naib Presiden PKR, Sivarasa Rasiah yang juga Ahli Parlimen Sungai Buloh dan Ahli Parlimen Petaling Jaya, Maria Chin Abdullah bersetuju untuk PH tidak mengadakan sebarang kerjasama dengan Setiausaha Agung Bersatu.

Kedua-dua wakil rakyat PKR itu menyatakan pandangan mereka dalam ciapan di Twitter hari ini.

Pendirian mereka susulan pertemuan antara Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Hamzah baru-baru ini yang masing-masing beralasan pertemuan mereka sebagai perjumpaan peribadi dua individu yang sudah lama tidak berjumpa.

Terdahulu, Mahathir menolak kerjasama dengan Anwar kerana Ahli Parlimen Port Dickson itu juga enggan menyokongnya sebagai Perdana Menteri kali ketiga sekiranya PH Plus mengambil alih kerajaan daripada Perikatan Nasional (PN).

 

Berita penuh:

https://malaysiadateline.com/2-pemimpin-pkr-sokong-ph-tidak-runding-dengan-hamzah/