Rupanya roket dari China yang akan terhempas ke bulan, bukan Elon Musk punya

Rupanya roket dari China yang akan terhempas ke bulan, bukan Elon Musk punya

Rupanya roket dari China yang akan terhempas ke bulan, bukan Elon Musk punya.

Pakar astronomi menjelaskan mereka tersalah memberi ramalan mengenai roket yang dijangka terhempas ke bulan, awal Mac depan.

Rupa-rupanya ia bukan roket milik SpaceX seperti yang digembar-gemburkan sebelum ini, tetapi adalah roket milik China.

Rupanya roket dari China yang akan terhempas ke bulan, bukan Elon Musk punya.

Pakar memaklumkan roket tersebut bukan milik bilionair, Elon Musk, tetapi roket yang dijangka terhempas itu adalah milik Beijing.

Roket tersebut dikenali sebagai 2014-065B iaitu bahagian teras bagi Chang’e 5-T1 yang dilancarkan sejak 2014 sebagai sebahagian daripada program penerokaan bulan agensi angkasa lepas China.

Pengumuman mengejut itu dibuat oleh ahli astronomi, Bill Gray yang pertama kali mengenal pasti kesan masa depan dan mengaku kesilapannya hujung minggu lalu.

“Ini adalah kesilapan kerana hanya menekankan masalah dengan kekurangan objek pengesanan yang betul terhadap objek angkasa lepas.

“Objek itu mempunyai kecerahan yang dijangka dan muncul pada masa yang dijangka dan bergerak dalam orbit yang munasabah,” jelasnya.

Bulan lalu, Gray berkata, sebahagian besar serpihan roket milik SpaceX yang dilancarkan tujuh tahun lalu dan ditinggalkan di angkasa lepas selepas tamat misinya, dilaporkan bakal terhempas ke bulan pada Mac depan.

Berita Lain:

“Hidup saya jadi lebih baik bila ayah lama menghilang” – Puteri Balqis

Muda tapi beruban, gaya pramugara ini dipuji netizen, nampak lebih yakin!

Terkini !!! KJ bakal buat pengumuman penting petang ini

CATEGORIES