Rupanya wang KWSP boleh buat cagaran kepada bank, baru sekarang tahu

Rupanya wang KWSP boleh buat cagaran kepada bank, baru sekarang tahu. Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) boleh menggunakan wang caruman di agensi itu sebagai cagaran kepada bank bagi meyakinkan pihak institusi perbankan untuk membantu pencarum yang menghadapi masalah kewangan termasuk beban hutang, kata pakar ekonomi.

Langkah berkenaan merupakan antara pendekatan alternatif yang boleh dilakukan KWSP selain membenarkan pengeluaran wang tunai kepada pencarum seperti yang dilaksanakan oleh kerajaan sebelum ini.

Pakar Ekonomi University College i-CATS Kuching, Profesor Datuk Dr Shazali Abu Mansor berkata, untuk tujuan itu kerajaan perlu berbincang dengan pihak bank bagi menangani masalah kewangan yang meresahkan rakyat, sehingga timbul desakan supaya wang simpanan KWSP dikeluarkan lagi.

Baca Artikel Penuh