Safiey Illias kini jadi ‘Nurwanita betyna’

Safiey Illias kini jadi Nurwanita betyna

Safiey Illias kini jadi ‘Nurwanita betyna’. Agak lama menyepi, usahawan penuh kontroversi Safiey Ilias kini kembali dengan wajah dan identiti yang baru.

Seperti laporan Boom, dia enggan lagi dikenali dengan nama Safiey, sebaliknya kini menggunakan nama Nurwanita Betyna.

Malah, dia turut membuka akaun baharu dengan nama tersebut dan menegaskan ingin menumpukan sepenuh perhatian terhadap diri dan bisnes.

@nurwanita94 Nama baru sye Nurwanita . Lepasni panggil saya Nurwanita tau! Sedap x nama ni dgn sye ?? Doakan saya boleh bangkit balik dalam bisnes dan buat yg terbaik ! Saya x kuat , tp saya akan teruskan juga . Semuanya saya bermula drpd bawah . #safieyilias #syintagila #perlaking #aurorasx #glasskinz #positivevibes #safiey #safieyillias94 #safieyilias #safieyillias #safieyilias94 #nurwanita ♬ suara asli – 🎧Suke Dhana🎧

Malah, dia mengakui bahawa ‘mood’ sakit bipolar sedang memuncak dan sekaligus tidak mahu melibatkan diri dalam percintaan kerana takut.

Safiey Illias kini jadi'Nurwanita betyna'

Sehari kadang-kadang boleh jadi 30 atau 40 kali. Sekejap happy melampau, sekejap sedih melampau. Sekejap blur melampau, sekejap sayang melampau, sekejap boleh menyampah melampau.

Sebab tu kita takut nak bercinta. Ni la struggle orang ada bipolar. Mood boleh bertukar-tukar.

Penyanyi lagu Syinta Gila itu juga berharap peminat di luar sana mendoakan yang terbaik buat dirinya.

“Saya tidak pernah gagal dan kini sedang melalui proses pembelajaran. Sebab itu saya comeback dengan nama Nurwanita, barulah nampak segar bugar.” ujarnya lagi.

Safiey Ilias

BACA:

Kecoh cubaan merompak barang kemas oleh ‘Ustazah’, siap acu pisau

Orang ramai teruja tengok pandu uji Proton X90

Buah Nangka buat perut masuk angin? Ini penjelasan sebenar

CATEGORIES