Segalanya mungkin berlaku selasa ini….

Segalanya mungkin berlaku selasa ini….

Sebenarnya tak ada siapa yang boleh ramal apa yang akan jadi pada Selasa depan. Mungkin Anwar pergi sana hanya hendak minum kupi bersama YDPA, nak ziarah Baginda setelah baik dari gering ke atau sekodar hendak bertanya khabar. Menjelang Selasa depan makin banyak khabar angin terbang, MP UMNO ramai yang buat laporan polis, pernafian kata sokong Anwar, ada yang kata Muhyidin cuba beli sokongan dari Warisan, tapi kalau Warisan terima memang isimlah, Muhyidin yang tebuk atap di Sabah sampai naik kes Covid, takkan semudah itu sahaja Warisan hendak maafkan Muhyidin?

Sebagai seorang muslim saya berpegang teguh pada ayat Allah surah Ali Imran ayat 26 di bawah:

“Katakanlah: “Wahai Tuhan Yang mempunyai kerajaan, Engkau berikan kerajaan kepada orang yang Engkau kehendaki dan Engkau cabut kerajaan dari orang yang Engkau kehendaki. Engkau muliakan orang yang Engkau kehendaki dan Engkau hinakan orang yang Engkau kehendaki. Di tangan Engkaulah segala kebajikan. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas segala sesuatu”

Ingat, tidak ada apa-apa yang berlaku di dunia ini hanya dengan izin Allah dalam At-Taghaabun ayat 11.

“Tidak ada kesusahan (atau bala bencana) yang menimpa (seseorang) melainkan dengan izin Allah; dan sesiapa yang beriman kepada Allah, Allah akan memimpin hatinya (untuk menerima apa yang telah berlaku itu dengan tenang dan sabar); dan (ingatlah), Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu”

Saya juga berpegang pada hadis di bawah, Mukmin yang baik sentiasa bersangka baik dan redha dengan segala takdir yang Allah berikan padanya.

“Sungguh menakjubkan urusan seorang Mukmin. Segala perkara yang dialaminya sangat menakjubkan. Setiap takdir yang ditetapkan Allah bagi dirinya adalah kebaikan. Apabila kebaikan dialaminya, maka dia bersyukur dan hal itu merupakan kebaikan baginya. Dan apabila keburukan menimpanya, dia bersabar dan hal itu merupakan kebaikan baginya.” (Hadis Riwayat Muslim)

Dalam memahami isu ini ada 2 perkara besar yang kita kena asingkan supaya kita boleh lihat isu dari segi holistik.

1) Muhyidin hilang sokongan

2) Anwar ada sokongan

Untuk yang pertama; benda ini tidak susah di buktikan, sokongan Muhyidin paling kuat hanya ada 111 ( tambah 1 untuk timbalan speaker) dibuktikan waktu tukar speaker dewan. Jadi kalau ada 3 sahaja MP PN yang tolak sokongan pada Muhyidin, kerajaan PN secara tidak rasmi sudah jatuh.

Kalau hendak ikut perlembagaan persekutuan, PM hanya boleh di buang melalui undi tidak percaya dalam sidang parlimen seperti termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan, Bab 3, Perkara 43. Jemaah Menteri. Fasal (4)

(4) Jika Perdana Menteri tidak lagi mendapat kepercayaan majoriti ahli Dewan Rakyat, maka Perdana Menteri hendaklah meletakkan jawatan Jemaah Menteri melainkan jika atas permintaannya Parlimen dibubarkan oleh Yang di-Pertuan Agong.

Tapi kita juga jangan lupa, walaupun itu yang termaktub dalam Perlembagaan, kita sudah ada [email protected] dalam undang-undang krisis perlembagaan Perak 2009. Untuk lebih manis lagi, baru 3 bulan lepas mereka tebokatap di Kedah di luar Sidang Dun dan MB di nasihat untuk meletak jawatan.

Sudah tentu, YPDA boleh menasihatkan Muhyidin untuk meletak jawatan tapi Muhyidin juga boleh berdegil dengan:

1) Cuba beli masa dan drag sampai ke sidang parlimen seterusnya pada bulan November. Kalau ini berlaku, tak ada apa yang Anwar boleh buat sebab PM kena letak jawatan dulu baru boleh lantik PM yang baharu. Itu yang saya pelik kenapa ada orang dengan suka rela letak jawatan sendiri; lepas tu bersusah payah nak mintak orang sokong dia jadi PM balik buat kali ke 3. Memang tak masuk akal.

2) Cuba bubar Parlimen tapi ini tertakluk pada budi bicara YDPA. Ingat segala yang berlaku ini adalah hikmahnya termasuk la kenaikan kes Covid; jadi kita sudah ada duluan bubar Dun bukan perkara yang terbaik dalam masa Covid ini. Kalau YDPA bersetuju bubar parlimen dengan kes aktif covid masih lagi 4 angka, populariti dia akan jatuh ke longkang. Lihat bagaimana dalam masa 7 bulan sokongan pada dia jatuh teruk; ini semua gara-gara dia double standard dalam menghukum. Menteri Al-Ketami boleh pula ejek rakyat suruh ikut SOP tapi dia sendiripun langgar SOP.

Ok kalaulah Muhyidin letak jawatan apa yang akan jadi?

1) Kalau YDPA lihat Anwar ada sokongan yang cukup; baginda boleh lantik Anwar jadi PM ke sembilan. Option ini adalah yang terbaik bagi rakyat sebab kita hendak pemimpin yang Qawwi, proaktif, cakna dan progresif. Bukan hendak pemimpin yang pandai baca doa, tapi kuat main golf, scheme of thing, rasuah GLC etc. Lagi satu kita hendak pemimpin yang di kenali di sosok antarabangsa. Covid ini adalah satu bencana yang luar biasa dan kita perlukan pemimpin yang luar biasa. Dengan pengaruh yang kuat di luar negara, Anwar mampu kembalikan kepercayaan pelabur luar negara terhadap Malaysia.

2) Kalau YDPA rasa Anwar juga tidak ada sokongan, baginda boleh invoke Perkara 150 dalam Perlembagaan Persekutuan yang mana darurat di laksanakan dan parlimen boleh di gantung. Mungkin pada yang naif kata benda ini bagus, kita kena lihat yang dalam darurat banyak benda KSU tak boleh lulus sebab ada had; contoh peruntukan yang lebih X jumlah yang mana kena menteri luluskan. Jadi, secara ringkas kalau darurat, kesan ekonomi kita makin parah dan rakyat akan lebih menderita.

Apa-apapun, kita berdoalah semuga yang terbaik untuk rakyat dan negara ini.

Daripada Aisyah RA, dia berkata, aku mendengar Rasulullah SAW bersabda di dalam rumahku ini: Wahai Tuhanku, barangsiapa yang dilantik menguruskan urusan umatku ini lalu dia menyusahkan urusan umatku, maka susahkanlah (urusan) mereka. Dan barangsiapa yang dilantik menguruskan urusan umatku dan dia melakukannya dalam keadaan yang lembut dan baik maka Engkau berlaku lembutlah terhadap mereka. (Sahih Muslim, no: 1828)

Sumber :

Berpijak di Bumi yang NyataSebenarnya tak ada siapa yang boleh ramal apa yang akan jadi pada Selasa depan. Mungkin…

Posted by Mohd Mukhlis Mohd Sharif on Friday, October 9, 2020