Setelah teruk disekolahkan netizen, JKR janji akan pantau jalan berlubang

Setelah teruk disekolahkan netizen, JKR janji akan pantau jalan berlubang

Jabatan Kerja Raya (JKR) Malaysia melakukan yang terbaik dalam memantau keadaan jalan raya bagi memastikan pengguna berada dalam keadaan selamat dan selesa.

Ketua Pengarah Kerja Raya Malaysia, Mohamad Zulkefly Sulaiman, berkata pihaknya juga mengambil serius aduan warganet di media sosial berhubung keadaan jalan rosak.

“JKR Malaysia mengambil serius komen-komen netizen di media sosial mengenai respons jabatan terhadap aduan-aduan yang diterima melibatkan isu jalan rosak dan jalan berlubang

“JKR sentiasa berusaha melakukan yang terbaik dalam memantau keadaan jalanraya di seluruh negara dan setiap aduan yang diterima menjadi keutamaan jabatan dalam memastikan pengguna jalan raya berada dalam keadaan selamat dan selesa,” katanya dalam satu kenyataan media semalam.

Ini selepas Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi itu terlibat dalam satu kemalangan apabila basikal ditunggangnya terlanggar lubang ketika dia melakukan aktiviti itu di Banting, Selangor.

Bagaimanapun ramai warganet meluahkan rasa tidak puas hati terhadap JKR dengan mendakwa jabatan itu mengamalkan sikap pilih kasih terutama apabila terdapat isu melibatkan menteri.

Sementara itu, JKR turut berkata terdapat 11 saluran aduan yang boleh digunakan pengguna awam.

“JKR mengamalkan konsep no wrong door policy dan mempunyai 11 saluran aduan seperti berikut:

Tambahnya, tanpa mengira jalan persekutuan, jalan negeri atau jalan majlis, setiap aduan yang disalurkan akan diambil tindakan segera.

‘Jangan sebab saya menteri baru nak ambil berat’

Khairy dalam kenyataan medianya semalam berkata niatnya memuatnaik insiden itu untuk memberi peringatan kepada pengguna jalan raya, namun tidak menyangka ia mendapat perhatian JKR.

Khairy juga memberi teguran kepada JKR supaya tidak hanya bertindak disebabkan dirinya seorang menteri.

“Niat saya semalam memuat naik insiden ini di Twitter ialah untuk beri peringatan kepada pengguna jalan lain, namun ia nampaknya mendapat perhatian JKR.

“Saya berterima kasih kepada JKR kerana peka dengan isu ini, tetapi janganlah hanya disebabkan saya menteri, baru nak ambil berat.

“Tetapi yang penting, kalau sudah berlubang, janganlah berhari-hari atau kena tunggu terlalu lama untuk turap semula,” kata Khairy menerusi Facebook Transformasi Bersama KJ.

Berita penuh : https://www.malaysiakini.com/news/556918