Shopee hentikan pekerja besar-besaran, apa dah jadi?

Shopee hentikan pekerja besar besaran apa dah jadi

Shopee hentikan pekerja besar-besaran, apa dah jadi? Beberapa kakitangan yang berkhidmat dengan syarikat e-dagang, Shopee di ibu pejabatnya di republik ini mula menerima notis pemberhentian kerja sejak semalam.

Memetik laporan TODAY, jumlah kakitangan terbabit pembuangan dipercayai kurang 10 peratus.

Perkembangan terbaharu itu adalah sebahagian daripada gelombang pengurangan pekerja yang lebih meluas dilaksanakan Shopee di seluruh rantau ini seperti mana diumumkan, semalam.

Shopee di Indonesia juga akan melepaskan tiga peratus pekerjanya.

Ketika diminta mengulas perkara itu, Shopee memaklumkan kepada TODAY bahawa perubahan terbabit adalah sebahagian daripada usaha berterusan syarikat untuk mengoptimumkan kecekapan operasi dengan matlamat bagi mencapai autonomi merentasi perniagaannya.

Shopee hentikan pekerja besar besaran apa dah jadi

“Kami menyatakan sokongan kepada rakan sekerja yang terjejas ketika proses peralihan ini,” katanya.

Melalui kenyataan dikeluarkan bersama dengan kesatuan penerbitan dan media kreatif yang mewakili pekerja Shopee, syarikat itu berkata pihaknya berhubung dengan kesatuan dan Institut Pekerjaan dan Daya Kerja Kongres Kesatuan Sekerja Kebangsaan (e2i) bagi tujuan pemberhentian berkenaan.

“Syarikat memberi jaminan kepada pihak kesatuan bahawa pakej pampasan yang sesuai akan diberikan kepada pekerja yang terjejas selaras dengan norma pasaran.

“Selain itu, bantuan pekerjaan, termasuk bimbingan kerjaya dan perkhidmatan pemadanan pekerjaan melalui rangkaian kesatuan dan e2i akan ditawarkan, jika diperlukan.

“(Kesatuan) juga akan terus bekerjasama rapat dengan Shopee untuk memastikan kepentingan dan kebajikan pekerja dijaga sebaik mungkin,” katanya.

Syarikat induk Shopee, Sea Limited, dilaporkan mengalami kerugian bersih AS$931 juta (RM4.23 bilion) pada suku kedua tahun ini.

Jumlah itu adalah lebih daripada dua kali ganda kerugian dalam tempoh yang sama pada 2021.

Minggu lalu, Ketua Pegawai Eksekutif Sea Limited, Forrest Li menghantar e-mel dalaman kepada pekerja yang menjelaskan bahawa saat ini adalah waktu bergolak untuk industri.

Melalui e-mel kepada TODAY, beliau menjelaskan bahawa syarikat itu tidak terlepas daripada terkena tempias besar ekonomi seperti gangguan rantaian bekalan, inflasi yang tinggi, pertumbuhan ekonomi yang perlahan dan perang Russia-Ukraine yang sedang berlangsung.

“Malangnya, kami tidak terlepas daripada kejutan ini… keadaan negatif ini berkemungkinan berterusan dalam jangka masa sederhana,” katanya.

Pada Jun, Shopee memberhentikan beberapa pekerja daripada pasukan penghantaran makanan ShopeeFood dan pembayaran dalam talian ShopeePay di seluruh Asia Tenggara.

Shopee mempunyai 67,000 pekerja sehingga akhir tahun lalu yang mana platform perdagangan dalam talian itu adalah antara satu daripada dua perniagaan utama Sea.

BACA:

Senarai jemputan khas ke majlis pengebumian Ratu Elizabeth II tarik perhatian dunia

Kecewa kena tukar kelas, guru masuk peluntur dalam makanan pelajar

Lelaki kongsi video kucing bunting disembelih terima padah

CATEGORIES