Sos pasta carbonara jenama Prego ditarik balik – KKM

Sos pasta carbonara jenama Prego ditarik balik – KKM. Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melalui Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan mengesahkan penarikan semula produk sos pasta berkrim carbonara cendawan jenama Prego keluaran Malaysia.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, ia berikutan terdapat tanda-tanda kerosakan pada produk seperti bau yang tidak menyenangkan, warna berubah, rupa berair dan lapisan cecair yang terpisah.

Menurut beliau, KKM turut menerima notifikasi daripada syarikat Campbell Cheong Chan (M) Sdn. Bhd. yang mengesahkan produk tersebut turut dijual di negara ini.

Baca Artikel Penuh